𝓝𝓸𝓪𝓱 | 24

105 7 0
                                    


   Tengah hari ini, Aadyan Noah sudah dibenarkan pulang selepas Aurel memeriksanya buat kali terakhir. Akhirnya, selepas sebulan dikurung di penjara ini!

  Aadyan menghela nafas lega sebaik sahaja dia menjejak kaki di luar hospital itu.

  Rasanya seperti baru keluar dari kepompong.

  Aadyan mengalihkan pandangan ke sebelah kanan dimana terletaknya taman hospital itu. Sudah lama dia ingin melawat taman itu.

  Dia mengerling jam tangan, awal lagi. Zayyan pun masih belum datang.

  Kaki mengatur langkah ke taman indah itu. Tempat itu dipenuhi pesakit -pesakit dan jururawat yang menemani mereka.

   Aadyan berhenti di satu kolam air pancut yang sangat indah rekaannya. Aadyan memerhati sahaja kolam itu dengan tatapan redup. Bibir turut mengukir senyuman nipis.

  Namun tumpuannya terkalih apabila merasakan ada seseorang yang memerhati.
  
   Saat berkalih, seorang wanita separuh abad dengan pakaian hospitalnya tanpa hijab menghiasi kornea mata Aadyan. Wanita itu sedang menatapnya dengan tatapan kosong.

   Serta merta senyuman yang terukir menghilang. Jantung berdegup kencang apabila mengecam wajah wanita itu.

   Dia kenal wanita itu. Sangat kenal.

   " Noah! " Aadyan berpaling ke sisi apabila namanya dipanggil.

   Kelihatan Zayyan sedang berdiri di sebelahnya sambil kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek.

  " Aku lambat. Jom " ajak Zayyan mendapat anggukan kecil dari Aadyan.

  Seusai Zayyan bergerak, Aadyan berpaling ke arah tempat yang ditatapnya tadi.

  Dia mengeluh kecil apabila wanita itu sudah tiada di tempat ia berdiri tadi. Tanpa menunggu masa, Aadyan turut bergerak ke kereta Audi R8 milik Zayyan.

  Tentang wanita itu, dia boleh fikirkan kemudian hari.

 

🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎

     Aadyan mengelap rambutnya yang masih basih menggunakan tuala. Selesai, Aadyan mencapai pakaian hariannya yang ingin dipakai sebelum menyarungnya ke badan.
 
  Pakaiannya hanya ringkas. Baju t-shirt berwarna putih dengan seluar jeans berwarna hitam.

   Aadyan menghela nafas kerana berpuas hati dengan penampilannya.

   Aadyan kemudian mengatur langkah keluar dari biliknya. Mata hazelnya sempat menatap ruangan ruang tamu kecil yang terdapat di tingkat dua itu.

  Itulah tempatnya dimana dia dan Harith diserang lelaki bertatu itu.

  Masih segar di ingatan bagaimana ianya terjadi. Bagaimana dia dengan tenang menembak sahabat baiknya. Dan perkara itu langsung tidak boleh dimaafkan.

  Walaupun dia masih lagi takut dengan 'mereka', dia tetap perlu membalas balik apa yang 'mereka' buat. Aadyan nekad. Dia tak mahu berdiam diri lagi.

   Semakin dibiarkan, semakin menjadi-jadi.

   Aadyan mengatur langkah ke ruangan dapur setelah menuruni anak tangga. Melihat ruang tamu sunyi sepi, tahulah dia mereka berada di dapur. Mungkin juga mereka masih berada di syarikat atau markas.

   Aadyan menghentikan langkah apabila melihat rakan-rakannya sedang beramai-ramai memasak di dapur itu. Tercengang Aadyan apabila melihat situasi sekarang.

   Ini kali pertama Aadyan melihat rakan-rakannya yang lain masuk ke dapur kecuali si Luthfan. Luthfan memang sering masuk ke dapur untuk memasak begitu juga dirinya.

  " Korang demam ke apa ni? Korang ok tak? Ada rasa nak pengsan? Pitam? Setan mana merasuk korang ni? " Suara garau Aadyan membuat aktiviti mereka tergendala buat seketika.

   " Asal kau cakap macamtu? Suka hati je cakap kita ni kena rasuk " cebik Hud Izzat.

  " Taklah. Tak pernah pernah kau masuk dapur. Asal lak harini " balas Aadyan sambil bergerak mengambil cawan kaca lalu menuang air mineral sebelum meneguknya.

   " Biarlah! Kitorang nak merasa memasak harini. Kau apa tau. Bakal suami mithali au " Daniell menjungkit kening berkali-kali.

   " Ikut kau lah " Aadyan menyerah. Tak ada mood nak bercakap lebih.

   Bunyi kuat seseorang memotong itu menarik perhatian Aadyan. Terus Aadyan memandang gerangan yang memotong bawang merah dan bawang putih kepada bentuk kecil.

   " Oi oi! Kau nak berperang ke apa ni? Potong elok-elok lah! " marah Luthfan apabila melihat Harith seperti melepaskan geramnya terhadap bawang-bawang tidak bersalah itu.

  Harith mencebik. Kita badmood lah harini!

  Mereka mengalihkan pandangan apabila melihat Aadyan masih tidak meninggalkan dapur. Dia masih setia menatap pisau yang dipegang Harith.

   GAK!

  " Tss " Aadyan mendesis sakit apabila mata pisau belati itu menusuk betisnya. Dalam.

   Lelaki di hadapannya tersenyum sinis.
  " See. Kau lemah. Benda macam ni pun kau tak boleh tahan. Baik mati " sinis wanita itu.

   " S....sa...sakit " rintih Aadyan. Namun, wanita itu hanya tersenyum jahat.

    Aadyan cepat-cepat mengalihkan pandangan dari menatap pisau itu. Laju sahaja kaki melangkah keluar dari ruangan dapur itu.

   " Lah? Kenapa tu? " tanya Zayyan.

  " Macam lah aku tau " bidas Daniell.

  " Dia tengok pisau tu. ...... " Ujar Hud seraya membuatkan mereka terdiam.

   " Bukan doktor cakap jauhkan diri dia dari benda tajam? Ayok ta tayok! " 

   " Nothing happen! Relax " ujar Luthfan geram dengan perangai rakan-rakannya yang gelabah.

   Mereka menyambung melakukan kerja masing-masing.

 

  

𖧷᪥𑁍

الهم صل على سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now