( I will make a fast flashback. Akan ada banyak skip-skip and I think readers akan faham kan? In Sya Allah )Setiap minggu, setiap hari, tak henti-henti dia diseksa di tempat yang asing itu. Tertanya-tanya juga dimana ibu bapanya. Rasanya sudah masuk tiga minggu dia berada di sini.
Lamunannya menjadi kenyataan tatkala dirinya sudah diselamatkan oleh Adrian. Aadyan panjatkan rasa syukur dalam hati.
Aadyan berada di hospital untuk proses pemulihan. Oleh kerana terlalu banyak kesan didera, Aadyan terpaksa ditahan lebih lama. Doktor juga berkata bahawa Aadyan hilang ingatan. Buat sementara sahaja.
Namun begitu, keluarga disisi cukup membuatkan dirinya bahagia. Dia tidak pernah mengingati lagi kejadian pahit itu sehinggalah satu masa, Adrian dan Melur dihubungi doktor. Kata doktor, Aadyan mengamuk teruk.
Sedaya upaya pasangan suami isteri itu menenangkan anak mereka. Namun, semua cara tidak berguna. Aadyan tetap mengamuk.
Sehinggalah kedatangan Tengku Adam Dree.
" Noah. Calm down " ujar Adam Dree seraya laju memeluk cucunya dari tepi. Selawat dibaca di tepi telinga Aadyan.
Aadyan semakin bertenang. Tiada lagi lempar-melempar barang.
" Anak tuan dan puan disahkan mempunyai trauma "
" T-trauma? " gagap Melur.
Aurel mengangguk.
" Berdasarkan kisah yang diceritakan tuan dan puan tadi, Noah trauma dengan orang yang bertatu. Dia akan mengamuk teruk dan hilang kawalan jika ternampak tatu pada badan seseorang "Adrian dan Melur sama-sama terkaku.
" Tak perlu risau. Anak tuan dan puan akan jalankan terapi untuk pulihkan dia " Adrian dan Melur mengangguk.
Tahun demi tahun mengambil masa untuk mengembalikan seorang Aadyan Noah yang ceria. Kejadian itu benar-benar memberi impak besar kepada lelaki itu.
Sejak itu, senyumannya menjadi palsu.
Tahun ini, Aadyan Noah sudah berumur 16 tahun. Keadaannya juga sudah semakin membaik. Aadyan yang ceria mula kembali dalam hidup mereka.
Lega hati mereka apabila Aadyan sudah tersenyum manis dan gelak ketawa bersama mereka.
Tapi, satu panggilan telefon membuatkan Aadyan kembali berubah. Senyumannya juga menjadi tawar, hambar.
" Tinggalkan mereka dan aku akan biar mereka hidup bahagia " ujar suara di balik talian.
" No! " bantah Aadyan keras.
" Oh? Kalau kau tak mahu, terpaksalah kau melihat satu persatu keluarga kau mati dalam genggaman tangan aku! "
Aadyan langsung tidak gentar dengan gertakan Ghost.
" The first target is your grandpa " bisik Ghost keras sebelum menamatkan panggilan.
Aadyan masih tidak percaya gertakan Ghost. Baginya, Ghost hanya menipu. Namun, sangkaannya meleset apabila neneknya di Itali menelefon Adrian untuk memberitahu tentang kematian mengejut Adam.
Kata nenek, Adam dibunuh.
Aadyan terkesima. Tak sangka perkara ini akan betul betul terjadi. Teruk juga Aadyan menangis sendirian akibat terlalu merasa bersalah. Semuanya terjadi kerana dia.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...