𝓝𝓸𝓪𝓱 | 28

103 5 0
                                    

( Another song from me!! My favourite too! )

Aadyan menapak masuk ke dalam rumah agam Black Dragon's. Penat masih belum hilang. Mana tidaknya, usai sahaja menyiapkan kerja di markas, terus Aadyan bergerak ke hospital untuk menghantar Charlotte ke rumah agam Khalif.

Selepas itu, Aadyan terua bergerak pulang ke rumahnya.

Lupa akan janjinya pada Kasyaf dan yang lain, Aadyan masuk ke dalam rumah agam tanpa ragu-ragu.

Perasan akan dirinya diperhatikan, Aadyan menoleh. Tersentak dia apabila melihat rakan-rakannya sudah duduk di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen. Manakala Kasyaf tak henti menenung tajam Aadyan.

Aadyan mengalihkan pandangan. Dia berdecit halus. Lupa pula hari ini dia akan beritahu segalanya pada mereka.

Aadyan mengatur langkah ke sofa single yang masih kosong. Tiada jalan keluar dah. Lagipun, janji tak boleh dimungkiri. Aadyan terpaksa juga.

" Lambatlah kau. Kitorang dah tunggu berapa lama dah ni " dengus Harith Karl.

" Cerita lah " arah Zayyan selamba.

Aadyan mengeluh.

" T-tak terlalu awal ke? Lagipun, tak penting pun. Hidup aku tak ada kaitan dengan kau orang " bidas Aadyan berani. Sungguh dia tak mahu bangkitkan isu masa silamnya. Dia benci.

" Tak ada kaitan? Pfft. Kitorang ni kawan kau kan? Mestilah ada! "

" Tell us " arahan dingin Kasyaf sekali lega membuatkan Aadyan mengeluh.

" Dengar cakap abang sulung " telah Daniell Hudfhi.

" Ask and I will answer " arah Aadyan pasrah.

Jeda.

Mereka diam bagaikan memikirkan soalan yang akan diutarakan.

" Apa hubungan kau dengan perempuan tu? " soal Kasyaf.

Diam.
" Kawan lama " Kasyaf mengangguk walaupun tahu Aadyan sedikit tidak jujur.

Kasyaf mengalihkan pandangan ke leher Aadyan. Jelas kelihatan satu parut panjang melintang di leher Aadyan. Sudah lama dia perasan, Kasyaf cuma tak mahu bertanya.

" Parut tu. Ada...kaitan dengan Charlotte? " pertanyaan Kasyaf membuatkan Aadyan terkesima.

Perlahan-lahan Aadyan menggeleng.

" Jangan menipu Aadyan. Kami dengar semua perbualan kau dengan dia semalam " Aadyan tersentak. Mereka.. dengar?

Oh my Allah!

" Tell us the whole story. Please Noah. Kalau kau tak bagitahu, macam mana kami nak tolong? We are family right? " pujuk Luthfan.

Aadyan mengeluh kecil.

" Aku takut " berkerut dahi mereka apabila Aadyan berkata begitu.

" Takut? "

" Aku takut korang benci aku lepas aku cerita " luah Aadyan perlahan.

" Kau fikir macam tu? .... Noah. We are your friends! Mustahil kami akan benci kau hanya kerana satu cerita " tegas Zayyan.

Aadyan merenung mereka sebelum dia menghela nafas kecil.

" If I said I am Tengku Adrian son, kau percaya? " Tiada reaksi terkejut pada wajah mereka. Meyakinkan Aadyan yang mereka semua sudah tahu.

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now