( Another song!! )
Aadyan membuka matanya apabila merasakan pipinya dicucuk-cucuk oleh satu jari halus. Aadyan mendengus kecil apabila wajah comel Orkid terlalu dekat dengan wajahnya.
" Ryana!! Aku nak tidur lah " ujar Aadyan tak berpuas hati.
Orkid mencebik.
" Ish! Noah! Bangunlah! Dah pagi lah...dah lewat "Terus Aadyan mencelikkan mata. Jam pada dinding dikerling. Sembilan pagi?!
Aadyan meliarkan mata ke sekeliling.
" Kawan-kawan Noah tak balik lagi lah...jom lah sarapan! Penat Ryana buat sarapan untuk kita! " desak Orkid.
Aadyan mengangguk malas.
" Aku nak mandi dulu " Orkid tersenyum suka sebelum dia mengangguk faham.Sebaik sahaja kelibat Aadyan sudah menaiki tangga, Orkid berlalu pergi ke ruangan dapur. Nasi goreng kampung yang masih berasap itu dia cedok ke dalam pinggannya dan pinggan Aadyan.
Selepas itu, Orkid melabuhkan duduk di kerusi. Sementara menunggu Aadyan, sempat Orkid melayani gajet di tangan. Tengok TikTok. Hehe.
Beberapa minit berlalu dan figura Aadyan juga sudah terlihat. Aadyan segak dengan pakaian formalnya, iaitu kemeja berwarna coklat cair dengan seluar jeans berwarna hitam.
Mereka berdua mula menjamah sarapan.
" Sedap tak? " soal Orkid bagi mengurangkan keheningan di antara mereka.Aadyan mengangguk.
" Sedap! Tapi kalau aku masak lagi sedap " senyuman Orkid memudar apabila Aadyan membalas begitu.Memuncung bibir Orkid. Merajuk!
Aadyan tergelak kecil.
" Sedap lah. Lagi sedap dari aku. Aku gurau je tadi. Jangan merajuk ok adik Noah? " pujuk Aadyan sambil mengusap sekilas kepala Orkid.Orkid tersenyum suka. Tak jadi merajuk lah.
" Hantar Ryana balik boleh tak? " soal Orkid.
Aadyan diam.
" Balik lah sendiri "Orkid mendengus.
" Kereta Ryana dekat rumah lah. Tolonglah "" Jalan kaki "
" Ish! Noah!! " geram Orkid dengan perangai Aadyan.
" Nyenyenye tak dengar " usik Aadyan.
" Abangggggg " meleret Orkid memanggil Aadyan.
" Aku bagi kunci. Kau drive sendiri nanti. Esok pulang " cadang Aadyan ringkas.
" Kenapa Noah tak nak hantar Ryana? "
Aadyan terdiam. Dibiarkan soalan Orkid ditiup angin.
" I know, Noah tak nak jumpa daddy and mummy. Right? "
Aadyan terkelu. Bibirnya bagai dikunci untuk bersuara.
" Don't you miss them? " soal Orkid sayu.
Aadyan mendongak. Bibir tersenyum tipis.
" Tipulah kalau aku cakap aku tak rindu mummy and daddy. Aku nak sangat jumpa diorang. Tapi, aku tak boleh. Aku ada sebab, Ryana " Orkid mengangguk. Faham akan tutur kata Aadyan. Walaupun Aadyan tidak berkata apa kepadanya, mesti ada perkara yang menghalang Aadyan dari berbuat demikian." Assalamualaikum!!! " kuat suara Daniell dan Hud memberi salam. Ceria mereka berdua bergerak ke ruang dapur menyertai Aadyan dan Orkid.
" Hai Orkid! " sapa Daniell ramah. Orkid hanya membalas dengan senyuman manis.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...