Chapter 1

6.8K 197 3
                                    

AISYAH AZ-ZAHRA

Hasbulnallah wanikmalwakil !
Hasbulnallah wanikmalwakil !

Jerit mereka sekuat hati..

BOM! BOM ! BOM!
Tidak henti henti bom dilancarkan ke arah mereka , kelihatan kanak-kanak dan wanita berlari bertempiaran mencari tempat berlindung, ada juga yang berusaha menyelamatkan orang lain yang masih tersisa.

"Yallah yallah!"

Tidak henti-henti mulut mereka menyebut nama ALLAH walau di dalam keadaan yang seperti itu.

Begitu la keadaan yang di hadapi oleh rakyat Palestine setiap kali mereka berperang dengan rejim zionist! Manusia yang tidak mempunyai hati nurani malah lebih buruk dari binatang !

"Aisyah! Aisyah! " panggil Fariha dari luar khemah pelindungan tersebut.

"Iya kak!"

"Cepat keluar! Tempat ni dah tak selamat!" Arah Fariha dengan tergesa gesa.

"Sekejap! Saya nak ambik sesuatu dulu." Balas Aisyah sambil bersegera mencari sesuatu di dalam khemah itu.

BOMM!
Kedengaran letupan bom yang begitu hampir dengan tempat tersebut.

Aisyah termengah mengah mencari barang tersebut , dan akhirnya dia mendapatkan apa yang dicari olehnya.

Fariha masuk ke dalam khemah tersebut dan terus menarik Aisyah keluar dan berlari sekuatnya dan mencari tempat perlindungan dengan segara . Sementara itu, mereka berdua juga tidak lupa untuk menyelamatkan sesiapa yang berada di hadapan mereka.

Itu adalah kali pertama bagi Aisyah menghadapi situasi yang sangat-sangat menegangkan.

Setelah 3 bulan di sana Aisyah dan Fariha terpaksa pulang ke tanah air oleh kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan .

Walau jauh di sudut hati mereka berat untuk meninggalkan tempat itu. Kenangan yang sangat indah dan juga penuh dengan pengajaran yang tidak dapat digambarkan. Rindu untuk melihat wajah-wajah rakyat di sana benar-benar terasa di dalam hati.

>>>

FLIGHT.

"Aisyah."

"Iye kak?" Jawab Aisyah yang baru sahaja ingin melelapkan mata.

"Boleh akak nak tanya sikit?" Soal Fariha.

"Nak tanya apa?"

"Waktu kita nak selamatkan diri daripada kena bom tu, awak ambik barang apa sebenarnya sampai sanggup untuk cari barang tu dulu daripada selamatkan diri awak?" Soal Fariha yang ingin tahu.

"Oh.. "
Aisyah mengeluarkan sesuatu daripada bag galasnya, lalu senaskah al quran kecil ditunjukkan ke arah Fariha.

"Ni la barang tu kak." Ringkas Aisyah sambil tersenyum kecil.

"Al quran? Kenapa?"

"Sebenarnya, al quran ni pemberian daripada seseorang .." tiba-tiba air mata mula bertakung .

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now