Chapter 31

2.7K 123 10
                                    

Turkey.

Nenek sedang termenung di tirai tingkap sambil menghirup secawan kopi yang terhidang di atas sebuah meja bulat yang kecil berhampiran nenek.

Huzair datang menyapa si ibu yang sedang mengelamun.

"Mak?" Sapa Huzair lembut.

Si ibu pun berpaling dan tersenyum.

"Nak teman mak ngopi sekali ke?" Soal nenek.

"Boleh juga." Huzair duduk sambil menuangkan air kopi ke dalam cawan yang telah tersedia di atas meja itu.

"Mana isteri kamu?"

"Dia pergi pasar, cari manisan sikit. Untuk makan petang nanti." Jawab Huzair.

Semenjak Huzair berpindah ke Turki dia telah bernikah dengan seorang janda di Turki dan menetap bersama di rumah peninggalan arwah ayahnya.

Isterinya pula seorang yang sangat baik dan ramah. Malangnya, dia tidak dapat memberi zuriat kepada Huzair kerana rahimnya telah dibuang akibat kemalangan.
Hal ini, tidak membuatkan Huzair menolaknya malah semakin menyayanginya kerana layanan wanita itu sangat baik terhadap dirinya dan juga ibunya.

"Dah alang-alang, kamu ada depan mata mak ni.. mak nak tanyalah sikit, boleh?"

"Boleh mak.. kenapa pula tak boleh kan."

"Kamu tak nak jumpa si Thaqeef?" Soal nenek.

Pertanyaan itu membuat Huzair sedikit tersentak.

Tidak membalas persoalan tersebut, dia seperti tiada jawapan untuk menjawab.

"Kenapa diam? Sampai bila kamu nak bencikan budak tu? Dosa apa yang dia dah buat dekat kamu? Sampai kamu tak pernah anggap dia sebagai seorang anak." Kata nenek.

"Budak tu pembawa malang." Balas Huzair.

"Astagfirullahalazim.. Huz, kamu dah tak ada pegangan agama ke? Pembawa malang yang kamu cakapkan tu, ialah anak kandung kamu sendiri.. amanah yang Allah bagi dekat kamu.. itu tanggungjawab kamu sebagai seorang bapa.. kenapa terlalu bencikan dia sangat?" Soal nenek dengan nada yang sedikit kesal.

"Dia dah bunuh isteri Huz, mak!" Jawab Huzair yang sedikit tinggi nadanya.

"Bunuh? Siapa yang bunuh isteri Huz? Jangan nak merepek.. isteri kamu tu meninggal sebab itu dah memang ajal dia.. bukan sebab dia lahirkan Thaqeef dia meninggal. Itu adalah takdir yang Allah dah aturkan untuk dia.. isteri kamu tak akan mengandung, kalau bukan kamu yang sentuh dia.. dan seusaha mana pun kamu untuk halang dia daripada mengandung, kalau dah Allah berkehendak siapa kamu untuk mempertikaikan tu." Kata nenek dengan jelas.

Huzair terdiam.

"Kalau Syahirah tengok apa yang kamu buat dekat anak dia daripada lahir sampai dia dah kahwin sekarang.. kamu rasa isteri kamu akan bahagia? Ha?"

"Huz.. cuma tak boleh kehilangan orang yang Huz sayang.. Huz cintakan Syahirah sangat-sangat." Balas Huzair dengan nada yang sedikit lembut.

"Habis tu? Thaqeef? Dia tak rasa kehilangan sesiapa? Macam tu.. adakah dia bahagia selepas kematian ibu dia? Adakah dia boleh gelak ketawa selepas tahu yang ibu dia meninggal sewaktu melahirkan dia?? Kamu rasa, hidup Thaqeef bahagia dengan apa yang menimpa dia selama ni?"

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now