//
Pagi itu, Aisyah dan Thaqeef pergi ke pelbagai tempat untuk dikunjungi oleh mereka.Setelah lelah berjalan sehingga petang Aisyah sedikit merasa dahaga dan terus memandang ke arah Thaqeef yang berjalan bersebelahan dengannya.
"Awak.."
"Hm, apa?" Jawab Thaqeef yang tidak memandang ke arah Aisyah.
"Saya.. saya dahaga.. boleh tak kita singgah dekat mana-mana untuk beli air ke minum ke." Balas Aisyah.
"Ish kau ni, tadi baru je pergi makan kan. Dekat sana pun dah minum air.. kau ni tangki air ke yang dahaga sangat?"
"Ya Allah.. tadi tu kan pagi tadi.. sekarang dah petang dah awak.. kalau awak tak nak, saya pergi beli sendiri.."
Thaqeef terus mencari kelibat si Safuan.
"Tak payah mengada.. nanti Safuan tu cakap aku ni tak kisah pasal kau pula.. "
"Kalau macam tu jomla.. beli air.." pujuk Aisyah dengan lembut..
Tiba-tiba, sedang mereka berbalah kecil tentang hal itu, datang seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan 3 tahun berlari ke arah Aisyah.
Kanak-kanak itu menangis sambil memeluk kaki Aisyah sehingga sedikit basah jubah Aisyah dek kerana air mata kanak-kanak tersebut.
"Anak sape pula ni?" Soal Thaqeef sambil berkerut dahi.
"Ya Allah adik.. kenapa ni? Mana mak? Mana ayah?" Soal Aisyah dengan nada yang lembut sambil memeggang kedua belah sisi tubuh kanak-kanak kecil itu.
"Huaaa!! Huaaa!! Mama.. papa.." rintih anak kecil itu.
Aisyah yang tidak sanggup melihat kanak-kanak itu terus menangis akhirnya mengendongnya.
Dan cuba untuk memujuk."Awak.. kita kena cari mak dengan ayah budak ni." Kata Aisyah.
"Apahal pula.. biar jelah." Jawab Thaqeef tanpa ambil perduli.
"Ya Allah, awak tak baiklah macam tu.. tengok ni kesian dia.." kata Aisyah sambil menunjukkan wajah kanak-kanak itu yang sedang meletakkan muka manjanya pada dada Aisyah dan memandang ke arah Thaqeef dengan pandangan yang meminta simpati.
"Ish, yelah yelah.."
Akhirnya, Thaqeef pergi meminta bantuan seseorang untuk mencari kedua orang tua kanak-kanak tersebut. Sementara itu, Aisyah cuba menenangkan kanak-kanak itu dengan mendodoinya dengan selawat dek kerana suara Aisyah yang lunak itu, kanak-kanak tersebut terus tertidur di pangkuan Aisyah.Aisyah pun duduk di atas sebuah kerusi sambil memangku kanak-kanak yang sudah tertidur itu, dan menunggu kedatangan Thaqeef.
Selain selawat Aisyah juga mendendangkan nasyid kepada anak kecil tersebut.
Tanpa sedar Thaqeef mendengarkan dendangan suara Aisyah yang indah itu. Thaqeef tahu bahawa suara Aisyah sememangnya tidak dapat dinafikan sememangnya lunak dan sedap didengar kerana Thaqeef sering mendengar Aisyah mengaji dan dia mengaji dengan suara yang merdu.
Kebetulan pula, Aisyah sedang mendendangkan sebuah nasyid arab yang bertajuk Habbitak. Aisyah menepuk-nepuk perlahan peha si kecil supaya semakin terdodoi.
YOU ARE READING
AKU NERAKA BAGIMU
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...