Thaqeef berdiri tepat di hadapan pintu rumah nenek.
Baru sahaja ingin membuka pintu tiba-tiba,
Thaqeef sedikit terkejut melihat wajah wanita yang sedikit tua itu sedang membukakan pintu buatnya.
"Thaqeef."
"Teyze?" Soal Thaqeef sambil berkerut dahi.
Wanita itu tersenyum sambil cuba untuk memeluknya namun terus ditepis oleh Thaqeef.
"Tunggu. Teyze buat apa dekat sini?"
"Ayah kamu dah balik Thaqeef." Jawab nenek yang baru sahaja datang menghampiri keduanya.
"A-ayah?" Thaqeef menelan kesat air liurnya. Dia sepertinya agak terkejut apabila mengetahui bahawa ayahnya sudah pulang daripada Turki dan membawa pulang juga ibu tirinya sekali iaitu Anne.
Thaqeef tidak pernah memanggil ibu tirinya dengan panggilan ibu atau panggilan yang khas buatnya. Dia hanya memanggil Anne dengan panggilan Teyze iaitu makcik di dalam bahasa Turki.
Thaqeef dibawa masuk oleh nenek dan juga Anne. Namun, langkah kaki Thaqeef terhenti apabila ternampak ayahnya sedang berjalan maju ke arahnya.
Thaqeef tiba-tiba, merasa takut dan gementar. Setiap kali melihat wajah bengis itu, dia akan selalu terbayangkan saat-saat dia dipukul teruk oleh ayahnya. Dia juga teringat akan saat-saat dia dimaki dan dicaci sewaktu kematian abang dan kakak iparnya.
Huzair mendekati tubuh si anak yang sudah terkaku di situ.
Thaqeef hanya memandang ke lantai dia takut untuk menatap mata ayahnya."Thaqeef." Panggil Huzair dengan suara yang garau dan garang itu, masih tidak berubah seperti dulu intonasi suara yang gerun itu membuatkan tubuh Thaqeef menggigil.
Thaqeef benar-benar takut akan ayahnya. Dia seperti kembali pada zaman kecilnya kembali.
Huzair ingin menyentuh wajah Thaqeef dan tiba-tiba sahaja Thaqeef dengan cepat menghalang dirinya dengan tangannya seperti ada seseorang yang sedang ingin memukulnya.
"Ayah jangan!" Katanya secara spontan dan memejamkan matanya kerana takut.
Huzair mengalirkan air mata dek kerana sebak melihat anaknya yang masih memiliki trauma penderaan yang dilakukan olehnya ketika Thaqeef masih kecil dan trauma itu masih kekal sehingga ia dewasa.
Huzair mendekati tubuh itu.
"Thaqeef.." panggil Huzair dengan lebih lembut.
Thaqeef menggigil dan terus terduduk ke atas lantai dek kerana takut.
Dia terduduk di dalam keadaan memeluk lutut.
Huzair terus memeluk tubuh itu.
"Jangan takut nak.. ayah tak akan pukul Thaqeef lagi.."
"Hiks..hiks..hiks.. Thaqeef takut.. takut ayah... sakit.." rintihnya kerana teringat setiap kali dilibas dan dilempang oleh Huzair ketika dia masih kecil.
Nenek dan Anne menahan sebak melihat keadaan dua beranak itu.
"Maafkan ayah Thaqeef.." kata Huzair sebak.
YOU ARE READING
AKU NERAKA BAGIMU
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...