Chapter 3

3.6K 134 8
                                    

>>>>

CHAT

"Abang Thaqeef ?"

"Apa Meer? Kau nak apa lagi?"

"Tentang Sadira.. abang memang tak nak tahu ke?"

"Kau jangan nak buat fitnah bukan-bukan tau Meer.. kau tahu kan aku dah nak kahwin lagi beberapa hari je." Balas Thareeq dengan marah.

"Abang, saya bukan nak buat fitnah tapi saya pernah bagitahu abang yang saya nampak semua tu. Saya nak abang cuba periksa untuk kepastian." Cuba meyakinkan Thareeq.

*NUMBER IS BLOCKED*

Thaqeef menghempas telefon pintarnya ke atas meja. Dia bersandar ke kerusi dan memandang ke arah tingkap dengan perasaan yang bercampur baur.

"Apa benda semua ni? Ni ke yang dipanggil ujian waktu bertunang ? Tapi Ameer tu sepupu aku tak akan dia nak tipu aku? " bisiknya sendiri.

"Tapi kenapa aku rasa macam .. "

"Argh!! Serabut nye!! " marahnya sambil menggosok gosok belakang kepala.

Aidil yang baru sahaja masuk menyadari apa yang berlaku dan cuba untuk bercakap dengan Thaqeef.

"Ni kenapa ni?" Soal Aidil

"... pasal Ameer."

"Oh , ni mesti pasal Sadira kan? "Aidil meneka.

"Iye, asal Ameer tu nak fitnah bukan-bukan tentang Sadira?"

"Daripada kau fikir yang bukan-bukan tentang Ameer dengan apa yang dia cakap , apa kata kau pergi periksa sendiri dan yakinkan si Ameer tu yang dia salah."

"Aku bukan nak cakap apa yang Ameer bagitahu tu betul cuma ada baiknya kita cuba untuk selesaikan masalah ni secara jelas." Cadang Aidil.

"......."

"Aku tak nak la kau jadi makin keliru, lebih baik kau jumpa si Ameer tu dekat apartment dia dan kau tanya dia betul-betul."

Setelah mendengar cadangan daripada sahabatnya itu, Thaqeef pun membuat keputusan untuk berdepan dengan Ameer sendiri dan ingin menyelesaikan salah faham ini dengan segera.

10:00 mlm

Akhirnya, Thaqeef berada betul-betul di hadapan rumah Ameer.
Mengentuk pintu rumah tersebut.

Ameer yang membuka pintu itu terkejut melihat Thaqeef sedang berada di depan pintu rumahnya. Mana tak terkejut.. kan, baru je pagi tadi kena block dengan si Thaqeef, dia ingatkan Thaqeef dah taknak jumpa dia.

"Abang Thaqeef?"

"Berapa lama lagi kau nak sidai aku depan pintu rumah kau ni?" Soal Thaqeef serious.

"Oh! Sorry bang."
"Masuk la." Pelawa Ameer dengan segan.

Ketika mereka berdua duduk secara bertentangan di meja makan, mereka terdiam seketika.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now