Chapter 20

3.3K 120 2
                                    

.....

Pagi itu, Aisyah bangun dari tidur di dalam keadaan yang sedikit pening mungkin dek kerana menangis semalaman tanpa henti. Dia menoleh ke kanan dan melihat si suami yang sedang tidur pulas tanpa ada rasa terganggu.

Aisyah sedikit kesal kerana solat subuhnya telah terlajak. Aisyah bangun daripada katil itu dan menuju ke dapur perlahan-lahan untuk melihat mak ngah yang sedang sibuk menyiapkan sarapan.

Wajah Aisyah tidak kelihatan bermaya tapi dia tetap menggagahkan dirinya. Belum sempat dia melangkah masuk ke dapur, kedengaran suara lelaki yang sedang berbual dengan mak ngah di bingkai pintu dapur tersebut.

Aisyah yang melihat itu terhenti seketika dan menyembunyikan dirinya kerana auratnya masih terdedah. Aisyah mengintai disebalik dinding sambil mendengar perbualan itu secara senyap-senyap.

"Kenapa tak datang majlis semalam Ustaz?" Soal Puan Saadah kepada Ustaz Lutfi.

"Saya minta maaf makcik.. semalam tu saya tak ada dekat kampung, saya pergi hantar budak-budak madrasah ke airport untuk diorang berangkat ke mesir." Jawab Lutfi.

"Lah ya ke.. ingatkan Ustaz dah tawar hati dengan keluarga kami tentang perjodohan tu." Kata Puan Saadah dengan nada yang serba salah.

"Eh, tak ada lah makcik. Saya okay je. Saya tak terasa apa-apa pun.. memang saya tak ada jodoh dengan Aisyah. Kita ni manusia hanya mampu merancang tapi yang menentukan tu hanya Allah." Jelas Lutfi.

"Betul tu Ustaz."

"Makcik, janganlah panggil saya ustaz. Panggil Lutfi je. Saya tak selesa bila makcik panggil saya macam tu."

"Yelah.. Lutfi. Puas hati." Jawab Puan Saadah sambil tersenyum.

"Haha.. terima kasih makcik.. ni, ibu ada kirimkan kuih untuk keluarga makcik. Ambiklah." Menghulurkan sebuah bekas yang berisi kuih lepat pisang.

"Subahanallah.. terima kasih bagitahu dekat ibu nanti." Kata Puan Saadah.

"Ya makcik."

"Tapi kejap ya, Lutfi. Makcik pun nak bagi sesuatu juga untuk ibu kamu." Pergi menyediakan sesuatu untuk Lutfi.

Aisyah memandang dari kejauhan, Aisyah merasa sedikit serba salah terhadap Lutfi.

"Amboi kau, bukan main sakan lagi mengintai buah hati kau dekat sini." Perli Thaqeef yang sedang berada betul-betul di depan Aisyah.

Aisyah tergamam melihat Thaqeef sedang berdiri tepat di hadapannya.

"Mana ada, saya tak pakai tudung.. tu yang saya berdiri dekat sini.. " jawab Aisyah sambil memandang ke arah lain.

Thaqeef merapatkan tubuhnya pada Aisyah lalu meletakkan kedua belah tangannya pada dinding.

"Apa awak buat ni?" Soal Aisyah yang sedikit kurang selesa dengan kelakuan Thaqeef.

"Aku nak tolong tutupkan aurat kau ni. Tadi kau cakap yang kau takut ustaz tu nampak kau tak pakai tudung, kan. Meh aku tolong tutupkan." Cuba merapatkan lagi tubuhnya.

"Awak tolonglah.. nanti mak ngah nampak.."

"Kau ni.."

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now