"Isteri kau bila nak bersalin?" Soal Aidil yang duduk bersebelahan Thaqeef itu."Due dia lagi 2 hari kalau ikutkan." Jawab Thaqeef yang sedang fokus dengan pemanduannya.
"2 hari lagi? Uish, dah nak dekat ni. Aisyah tak tunjuk apa-apa tanda ke?" Soal Aidil lagi.
"Tak ada pula aku nampak, sebab dia still boleh buat macam-macam kerja dekat rumah walaupun perut dia dah besar macam tu. Aku dah suruh rehat nak juga buat itu ini." Jelas Thaqeef kepada Aidil.
"Kuat betul bini kau eh? Dah sarat pun still boleh buat macam-macam lagi." Balas Aidil.
"Tengok suami la.. hehe." Kata Thaqeef dengan berlagak.
"Lepastu, hari ni jadi ke nak pergi Melaka untuk jumpa klien kita tu?" Soal Aidil.
"Jadi. Memandangkan Aisyah pun tak nampak ma......"
Kring! Kring!
Telefon pintarnya tiba-tiba berdering.Call
Budak Muka Plastik😑"Siapa?" Soal Aidil.
"Safuan. Kejap aku jawab." Kata Thaqeef.
"Encik Thaqeef! Balik sekarang! Puan Aisyah dah nak bersalin dah! Cepat balik!" Kata Safuan dengan nada yang begitu cemas.
Tanpa melengahkan masa, Thaqeef terus membuat U-turn dan memecut laju keretanya ke arah jalan menuju ke rumahnya.
Aidil yang masih terpinga-pinga dan terkejut dengan tindakan melulu yang dilakukan oleh Thaqeef itu terus memegang pemengang tangan yang berada pada syiiling kereta tersebut.
"Wow! Rilex bro! Asal dengan kau ni? Asal yang gelabah sangat ni?" Soal Aidil yang cemas dan risau melihat cara pemanduan Thaqeef yang agak meluru dan memecut.
Memotong ke semua kereta yang menghalang laluannya seperti orang kurang waras. Double signal dinyalakan oleh Thaqeef.
"Ni jalan balik rumah kau. Cakap nak pegi Melaka tadi?" Soal Aidil yang tangannya sedang berpaut pada pautan tangan pada syiling kereta Audi itu.
"Tak jadi! Sebab bini aku dah nak beranak. Kita kena balik sekarang! Kau tolong sikit, aku nak cepat ni." Kata Thaqeef kepada Aidil.
"Seriuslah wei? Kalau macam tu cepatlah! Kejap aku nak tolong kau." Balas Aidil sambil mengeluarkan tangannya keluar dan kepalanya untuk meminta ke semua kereta yang berada di hadapan kereta mereka boleh beralih ke laluan yang lain.
Tidak sampai beberapa minit Thaqeef telah sampai di halapan rumahnya dan terus meluru masuk ke dalam halaman rumah.
Sementara itu, Safuan baru sahaja ingin membantu Aisyah untuk masuk ke dalam kereta Alphard milik majikannya itu.
"Puan Aisyah boleh jalan tak ni? Saya nak pegang macam mana ni?" Soal Safuan yang sudah kelam-kabut.
"Ya Allah, sakitnya.. hah huh.." sedang menahan kesakitan.
"Sayang! Naik dengan abang! Jom!" Arah Thaqeef.
Aisyah yang sedang menahan kesakitan dan sepertinya ia tidak mampu untuk berjalan.
YOU ARE READING
AKU NERAKA BAGIMU
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...