Thaqeef sedang berdiri di hadapan rumah Ustaz Abu dan kelihatan dia agak ragu untuk menjejakkan kakinya ke dalam pekarangan rumah tersebut.
"Thaqeef!" Sapa Fateh yang baru sahaja datang daripada belakangnya.
"Eh, Fateh.."
"Buat apa terjegat depan rumah ni.. jomlah masuk dalam."
"Er tak apa ke?"
"Tak apa, kau jangan risau bapak mertua aku tak ada dekat rumah." Kata Fateh lalu masuk ke dalam rumah sambil mengajak Thaqeef masuk.
Thaqeef pun mengikuti jejak Fateh daripada belakang.
Apabila sudah masuk ke dalam rumah.
"Kita pergi dapur, diorang tengah sibuk dekat dapur tu.. " kata Fateh dan masuk ke dalam dapur.
Thaqeef hanya menuruti sahaja.
"Umi, ni anak kesayangan dah balik." Kata Fateh.
"Ya Allah.. Thaqeef! Kenapa datang tak bagitahu." Balas Puan Saadah dengan nada yang gembira melihat Thaqeef berada di hadapannya.
"Thaqeef tak plan pun nak balik, ni kebetulan ada dekat sini tu yang Thaqeef singgah rumah Mak Ngah." Jawab Thaqeef.
"Nah, makan tu." Pelawa Fariha sambil meletakkan sebekas kuih-muih di hadapan Thaqeef.
"Terima kasih kak." Ucap Thaqeef.
Puan Saadah duduk berhadapan Thaqeef.
"Kamu ni memang suka buat perangai kan!" Kata Puan Saadah dengan nada yang sedikit marah.
"Kenapa Mak Ngah? Saya buat salah ke?" Soal Thaqeef cemas.
"Memang ada, kesalahan kamu tu.. sampai buat Mak Ngah dengan Pak Ngah sampai boleh pergi umrah bulan lepas."
"Ha?" Kehairanan.
"Kamu masih kirimkan duit dekat akaun Mak Ngah kan?" Soal Puan Saadah.
"Hehe.. ya, Mak Ngah. Mak Ngah tak suka ke?"
"Bukan tak suka, tapi macam tak sedap pula bila kamu kirim duit dekat orang yang dah bukan keluarga kamu lagi.. kami ni kan bukan sesiapa lagi untuk kamu."
"Apa yang Mak Ngah cakap ni? Keluarga Mak Ngah sampai bila-bila akan tetap jadi keluarga Thaqeef. Tak akan pernah berubah benda tu sampai bila-bila."
"Tapi duit tu terlalu banyak."
"Itu tak sebanyak luka yang dah Thaqeef tinggalkan dekat diri Aisyah. Thaqeef masih tak boleh nak maafkan diri Thaqeef disebabkan apa yang Thaqeef dah buat dekat dia, sebab tu Thaqeef tak pernah lupa tanggungjawab Thaqeef dekat Mak Ngah dengan Pak Ngah. Walaupun Thaqeef tengah usaha untuk tebus balik apa yang Thaqeef dah buat dekat Aisyah selama ni, belum tentu dia nak pandang lagi muka jijik macam Thaqeef ni." Jelas Thaqeef.
"Terima kasih disebabkan kamu, Mak Ngah dengan Pak Ngah dapat pergi mekah."
"Kalau Mak Ngah dengan Pak Ngah nak pergi lagi just bagitahu Thaqeef nanti Thaqeef uruskan sekali lagi hal untuk pergi umrah tu." Kata Thaqeef.
YOU ARE READING
AKU NERAKA BAGIMU
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...