Chapter 77 (last chapter)

2.7K 119 39
                                    


"Kalau Thaqeef sedar nanti kita nak cakap apa?" Aidil kepada Ameer.

"Kita kena cakap juga." Balas Ameer.

"Bagitahu apa?" Soa Thaqeef yang ternyata sudah sedar daripada pengsannya.

"....." terkedu.

"Cakaplah! Kau nak bagitahu aku apa?!" Marah Thaqeef.

Mereka berdua saling berpandangan.

"Aidil! Bagitahu aku sekarang!" Paksa Thaqeef.

"Aisyah kritikal. Sekarang dah nak masuk 7 jam Aisyah dalam bilik bedah. Doktor pun dah keluar masuk ward daripada tadi lagi untuk minta bantuan doktor pakar. Aisyah ada pendarahan dalam otak dan tiba-tiba, waktu pembedahan paru-paru dia bermasalah." Jelas Aidil dengan penuh serba salah.

Thaqeef terus turun daripada katil dan mencabut semua wayar yang ada pada tubuhnya.

"Qeef! Kau nak pergi mana?" Soal Aidil.

Thaqeef terus pergi ke bilik bedah yang diperkatakan oleh Aidil.

"Aisyah.. abang dekat sini.. tolong.. jangan tinggalkan abang.. abang tak sanggup hilang Aisyah... tolong.." Thaqeef terduduk di hadapan bilik bedah tersebut dengan air mata yang sudah membasahi wajahnya.

"Qeef sabar.. jangan macam ni.." pujuk Aidil.

"Aku.. tak mampu macam ni Aidil.. Safuan.. dia pun dah tak ada.. aku memang selalu marah dia tapi aku dah anggap dia macam adik-beradik aku Aidil. Dulu aku hilang mak aku, abang aku, kakak ipar aku, nenek.. sekarang Safuan.. aku tak nak hilang Aisyah Aidil. Aku tak ma..mampu.." rintih Thaqeef.

Aidil tidak dapat menahan sebak melihat sahabatnya menangis tersedu-sedu dipelukannya.

"Siapa penjaga Aisyah Az-Zahra?" Soal Doktor yang baru sahaja keluar daripada bilik bedah tersebut.

"Saya! Saya suami dia!" Kata Thaqeef bersungguh-sungguh.

"Macam mana isteri saya doktor? Macam mana keadaan dia doktor? Aisyah selamat, kan??" Soal Thaqeef bertubi-tubi dengan air mata yang sudah bertakung-takung.

"Kami.. kami minta maaf.. isteri Encik tak dapat diselamatkan. Kami dah cuba sedaya-upaya tapi isteri Encik terlalu banyak komplikasi sewaktu pembedahan. Kami betul-betul minta maaf kami dah usaha sebaiknya untuk pembedahan selama 7 jam ni." Jelas Doktor itu dengan nada yang sedikit sayu.

Thaqeef jatuh terduduk. Pandangannya kosong. Ia tidak mampu untuk berkata-kata. Lindahnya kelu.

"Qeef." Panggil Aidil.

Thaqeef masih terdiam dan ia cuba untuk berdiri dan berjalan ke arah dinding.
Air mata terus mengalir.

Tiba-tiba,
Dush Dush Dush

Bertubi-tubi dinding hospital itu ditumbuk oleh Thaqeef sehingga tangannya berlumuran darah.

"Qeef dah la tu." Pujuk Aidil.

"Arghhh!! Argh!!!! Ya Allah!! Aisyah!!!!!" Raung Thaqeef sehingga wajahnya yang cerah itu bertukar merah.

Dek kerana terlalu tertekan Thaqeef terus pengsan dan tidak sedarkan diri.......

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now