Chapter 55

2.9K 133 10
                                    

Ketika sedang bermesyuarat bersama Aidil dan beberapa orang pekerjanya,
Thaqeef selalu teringatkan kejadian beberapa hari lepas iaitu kejadian dia disembur mengunakan spray pemedih mata oleh Aisyah di depan sebuah restoran.

Thaqeef sepertinya tidak fokus dengan perbincangan tersebut kerana asyik tersenyum-senyum sendiri. Angau agaknya.

Aidil hanya mempercepatkan proses mesyuarat tersebut yang sepertinya tidak berjalan dengan lancar.

"Encik Aidil, kita nak teruskan ke?" Soal Pekerja itu.

"Macam nilah, apa kata esok je kita-kita je yang meeting. Tak payah bawa dia sekali." Kata Aidil sambil anak matanya ditunjukkan ke arah Thaqeef.

"Baiklah kalau macam tu, kami semua bersurai dululah Encik Aidil." Kata mereka.

Aidil mengangguk.

Aidil memandang sahabatnya itu dengan pandangan yang tidak berpuas hati.

"Hey duda!" Panggil Aidil.

"Apa kau panggil aku?" Soal Thaqeef yang sedikit merasa marah dengan panggilan itu.

"D U D A .. tak dengar lagi?"

Thaqeef membuat muka kesal.

"Kau ni kenapa? Kenapa tak fokus? Tak akan asyik aku je yang kena fokus dengan kerja kau ni, baik kau bagi terus business kau ni dekat aku, kalau macam ni." Kata Aidil.

"Sorry lah.. aku asyik teringatkan.."

"Teringatkan Aisyah?"

"Mana kau tahu?"

"Dah tak ada perempuan lain dah yang akan buat kau angau dan gila macam ni kalau bukan Aisyah. Memang dia je yang akan buat kau jadi macam ni.. kalau dah angau sangat, kau pergi nikah dengan dia sekarang.. penatlah aku.. asyik aku je yang jadi mangsa keadaan.. sampai tak ada masa tau untuk aku date dengan Dhia.." keluh Aidil.

"Kau ingat senang ke nak nikah dengan Aisyah.. sekarang ni je, dia nak pandang muka aku pun tak nak tau."

"Siapa je yang nak pandang muka jantan kaki pukul macam kau ni." Balas Aidil slumber.

Thaqeef memandang sinis ke arah Aidil.

"Marah? Benda betul kan." Kata Aidil.

"Yalah, aku lelaki tak guna.. semua yang buruk-buruk semua aku." Keluh Thaqeef.

"Oloh ngajuk pula dah. Dah lah, aku nak keluar.. malas aku layan duda angau dengan janda sendiri ni." Kata Aidil sambil berjalan keluar daripada situ.

"Mulut kau ni memang puaka betullah, Aidil." Bebel Thaqeef sendiri.

Thaqeef mengeluarkan telefon pintarnya dan menelefon seseorang.

Tut..tut..tut..

"Hello Assalamualaikum." Kata Thaqeef.

"Waalaikumussalam, Encik Thaqeef ya?"

"Ya, saya. Hari ni saya boleh pergi tengok budak-budak tu?" Soal Thaqeef.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now