Chapter 7

3K 128 5
                                    

//

Thaqeef memandang Aidil dengan pandangan yang kesal kerana Aidil cuba untuk menghalangnya.

"Aku dah suruh kau tunggu dekat luar.. asal kau MASUK JUGAK!!! " teriak Thaqeef.

"Tak akan aku nak biarkan kau seksa perempuan ni sampai mati.. agak-agaklah Thaqeef kau dah gila ke?"

"Memang aku dah gila!" Cuba untuk menarik rambut wanita itu yang terbaring di lantai.

Aidil menolak Thaqeef dan mengenggam kolar baju kemeja Thaqeef.

"Woi sedarlah !! Kau jangan nak seksa semua perempuan hanya disebabkan dendam kau tu Thaqeef . Diorang ni tak salah !! Kau tak boleh samakan diorang dengan Sadira!!" Marah Aidil.

"Macam mana kalau perempuan ni mati?! Apa yang kau nak buat?!" Katanya lagi.

"Lagi elok dia mati daripada dia hidup jadi pelacur atas dunia ni pun takda guna. Lebih baik mampus daripada hidup bergelumang dengan dosa." Balas Thaqeef sambil tersenyum sinis kepada Aidil.

"Kau siapa nak hukum orang sesuka hati kau ?! Tak kisahlah dia pelacur ke dia apa ke .. kau takda hak untuk buat macam tu!! "

"Kau ni dah memang hilang akal ke?!" Tengking Aidil.

Thaqeef yang mendengarkan itu terus menolak Aidil dan mengenggam kuat kolar jaket Aidil. Akibat ketinggian Thaqeef yang lebih tinggi beberapa inci daripada Aidil telah membuatkan Aidil terjungkit ke atas.

"Kau siapa nak AJAR AKU!!" Mendekatkan wajahnya pada wajah Aidil.

Aidil berusaha melepaskan genggaman itu tidak berhasil .. macam mana nak lepas, boleh dikatakan si Thaqeef ni lebih kuat lagi-lagi kalau dia tengah marah habis semua urat tangan dan kepala terkeluar :)

"Kau pun nak kena lunyai dengan aku jugak ke ?"

"Tolonglah Thaqeef . Tolong berubah! "

Satu tumbukan hampir singgah di wajah Aidil tapi sempat dihalang olehnya.
Mengenggam kuat tumbukan Thaqeef.

"Tiger!! " Aidil memanggil pemilik club itu.

Pemilik itu datang tergesa-gesa.

"Kau bawa perempuan kau masuk sekarang .. sebelum dia mati dekat tangan kawan aku!" Arahnya.

Akhirnya wanita itu dibawa keluar.

"Aku dah habiskan duit aku untuk perempuan tu , kau senang-senang je ambik dia dari aku." Kata Thaqeef kesal.

Aidil merentap tangan Thaqeef yang masih berada dikolar jaket miliknya.

"Kau balik sekarang. Nenek dah call aku banyak kali tanya pasal kau. "

"Kau dah jadi cucu kesayangan nenek dah sekarang." Perli Thaqeef.

"Sayang tak sayang .. kau balik sekarang." Arah Aidil dan berlalu pergi .

Thaqeef menahan marah , nak tak nak dia kena dengar jugak apabila berkait dengan nenek.

Mungkin sikapnya terhadap nenek tidak seperti dulu lagi tapi kasih dan sayangnya pada nenek tetap ada.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now