Chapter 67

1.5K 77 3
                                    


Safuan berlari ke arah majikannya yang sedang menikmati secawan kopi di luar rumah.

"Huh.huh. Encik Thaqeef!" Mengah.

"Kenapa dengan kau ni?"

"Betul ke Encik Thaqeef nak pergi honeymoon dengan Puan Aisyah? Betul ke?"

"Hm." Jawab Thaqeef sambil menikmati air kopi yang dibancuh oleh isterinya sambil fokus pada tablet yang dipegang olehnya.

"Kenapa tak bagitahu saya awal-awal Encik Thaqeef?" Soal Safuan kesal kerana mengetahui hal itu daripada Aidil.

"Buat apa aku bagitahu kau? Bukannya aku pergi honeymoon dengan kau pun.. " Balas Thaqeef.

"Tapi sekurang-kurangnya bagitahulah saya Encik Thaqeef, boleh la saya nak prepare barang pergi sana nanti." Kata Safuan.

"Tak payah."

"Kenapa pula? Nanti siapa yang nak tolong hantarkan Encik Thaqeef pergi sana?"

"Aku tak nak kau ikut. Aku tak nak kau kacau plan aku. Aku cuma nak pergi dengan isteri aku tanpa perlu hadap muka kau dekat sana." Jelas Thaqeef tenang.

"Tapi dulu.. dulu saya ikut Encik Thaqeef pergi honeymoon."

"Tu dulu. Waktu tu pun kau tahu hubungan aku dengan Aisyah macam mana. Lagipun nenek yang paksa aku bawa kau sekali. Kali ni aku pergi sebab aku sendiri yang nak dan aku sendiri yang rancang."

"Hm.. baru je nak ikut." Keluh Safuan.

"Kau ni kan. Kau ingat kau tu anak aku ke yang nak ikut aku dengan isteri aku pergi mana-mana? Kau duduk rumah je, jaga rumah ni elok-elok waktu aku pergi nanti." Pesan Thaqeef.

"Baiklah Encik Thaqeef." Mengalah.

"Dah lah, tak payah nak buat muka. Kalau kau nak sangat honeymoon pergi kahwin." Kata Thaqeef.

"Nak kahwin macam mana, tunang pun dah lenyap. Hm." Rungut Safuan.

"Adalah tu yang terbaik sedang menanti." Kata Thaqeef.

Thaqeef pun bingkas bangun daripada kerusi yang didudukinya tadi.

"Safuan, kau minum lah kopi ni. Aku nak pergi tolong Aisyah masak." Kata Thaqeef.

"Cieeehh!! Sejak bila nak tolong-tolong masak ni?? Hahah.. ni mesti nak buat momen-momen sweet kan? Hahaha." Usik Safuan.

Thaqeef berjalan masuk ke dalam rumah sambil membuat isyarat maut kepada Safuan.
Safuan hanya menahan ketawa dan sedikit merasa bahagia melihat perubahan Thaqeef yang semakin baik.

Ketika Thaqeef sedang berjalan ke arah dapur, Thaqeef perlahan-lahan mendekati tubuh si isteri yang sedang tekun memasak dan tanpa disedari oleh Aisyah pinggangnya dipeluk daripada belakang dengan tangan kekar lelaki itu dengan lembut.

Tersentak si Aisyah.

"Ya Allah." Bisik Aisyah dalam hatinya dan sedikit terkaku dengan tindakan suaminya itu.

Thaqeef meletakkan kepalanya bersebelahan bahu si isteri sambil menongkatkan dagunya di atas bahu si isteri.

"Sayang masak apa?" Soal Thaqeef dengan nada yang berbisik di telinga Aisyah.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now