Chapter 16

2.7K 116 2
                                    

Rumah Thaqeef

Thaqeef duduk menghadap meja kerja sambil ditemani lampu meja yang bersinar malap.

Thaqeef mencapai beg tangan yang berada di atas rak belakangnya dan diletakkan ke atas meja, lalu Thaqeef membuka beg itu dan mengeluarkan satu-persatu barang yang ada di dalam beg tangan itu.

Thaqeef mengeluarkan sebuah telefon pintar, dompet, buku note dan sebuah alquran kecil yang kelihatan sudah agak lusuh. Mungkin sudah sering digunakan.

Membuka dan menyentuh skrin telefon itu supaya menyala.
Tetapi telefon itu terkunci.

"Heh.. pakai password pulak.. kau ingat aku akan putus asa. Hrm.." cuba mencari sesuatu untuk mengetahui kata laluan telefon itu.

Tap... tap... tap...

Kata laluan diterima.
Kini Thaqeef telah masuk ke dalam laman utama telefon itu.

"Senangnya password kau.. hehehe.." membelek-belek layar itu.

Dia membuka galeri telefon itu untuk mencari gambar Aisyah.

"Hm.. bosannya lah kau punya galeri ni.. takda gambar selfie ke? Memang jenis tak bergambar ke perempuan ni?" Soal Thaqeef sendirian.

Tiba-tiba, mata Thaqeef tertarik dengan suatu video yang tersimpan jauh dari album lain.

Menekan video itu. Itu adalah sebuah video Aisyah yang tidak memakai hijab dan sedang tidur pulas di atas katil. Rakaman itu di rakam oleh Aira ketika cuba untuk membangunkan Aisyah untuk solat subuh.

Aira memang suka merakam Aisyah secara diam-diam kerana si Aisyah tidak suka bergambar dan rakaman ini hanyalah sekadar suka-suka saja buat Aira.

Isi rakaman
//
Berjalan ke arah Aisyah yang sedang tidur, wajahnya begitu manis sewaktu tidur.

"Aisyah.. bangun Aisyah.. dah lewat ni.." suara Aira.

Aisyah mencelik mata dan terkejut lalu cuba menutup-nutup lense camera telefon itu dengan gaya yang masih mamai.

"Janganlah Aira.. awak ni suka la rakam-rakam macam ni.. nanti delete tau.. saya tak suka ada gambar atau video saya dalam tu." Balas Aisyah yang mamai.

"Cepatlah bangun.. nanti lewat subuh pula.. kebelakangan ni asyik kena kejut je kan.. why? U teringatkan Ustaz Lutfi ke.. hahaha" usik Aira.

"Mana ada.. saya tidur lewat sebab siapkan blog je." Balas Aisyah yang kini sudah dalam posisi duduk menghadap ke arah Aira yang memegang telefon.

"Ya la tu.. daripada U duk fikir-fikir nak terima ke taknak Ustaz Lutfi tu.. lebih baik U terima je Aisyah.. bukan senang nak jumpa lelaki macam Ustaz Lutfi tu. Pak Ngah U pun memang nak sangat jodohkan U dengan dia.. terima jelah.."

" Dah lah tu.. tak payah rakam.."

Video itu berakhir di situ.

Thaqeef mengundurkan sedikit video tadi ke arah wajah Aisyah yang tidak memakai hijab. Entah kenapa dia merasa rindu untuk melihat wajah Aisyah sekali lagi.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now