Chapter 69

1.6K 95 11
                                    


"Abang nak bawa Aisyah pergi mana ni?" Soal Aisyah yang matanya telah ditutup dengan kain oleh Thaqeef.

"Jalan sikit lagi." Kata Thaqeef.

Melangkah perlahan-lahan...

Langkah kaki Aisyah dihentikan oleh Thaqeef.

"Okay. Sekarang habibti buka mata." Arah Thaqeef setelah meleraikan kain yang menutup mata si isteri.

Aisyah membuka matanya perlahan-lahan, wajahnya terlihat terkejut dan sedikit terharu.

"Abang buat semua ni untuk Aisyah?" Soal Aisyah tidak percaya.

Ternyata pada malam itu, Thaqeef telah menyediakan set makan malam yang indah dan romantis. Thaqeef telah menempah hotel mewah itu pada malam tersebut hanya untuk mereka berdua dan sememangnya tiada tetamu yang lain berada di dalam restoran hotel tersebut.

Thaqeef menarik kerusi dan mempelawa si isteri untuk duduk di situ.

Makanan juga telah tersedia di atas meja tersebut.

"Habibti, sekarang habibti boleh buka niqab tu. Abang dah tempah satu tempat ni untuk kita dan abang dah bagitahu semua pekerja dekat sini bila kita makan hanya pelayan perempuan sahaja yang dibenarkan masuk dekat sini." Jelas Thaqeef.

"Be-betul ke ni? Abang buat semua ni untuk Aisyah?" Soal Aisyah seakan tidak percaya.

"Nampak macam abang tengah bergurau ke? Betul-betullah ni." Balas Thaqeef.

"Terima kasih abang. Aisyah terharu sangat, Aisyah tak sangka yang abang sanggup buat semua ni untuk Aisyah. Perempuan biasa ni."

"Apa cakap macam tu? Aisyah kan isteri abang, semuanya abang sanggup buat untuk kesayangan abang ni." Kata Thaqeef.

Thaqeef menghulurkan tangannya di atas meja dan memperlawa Aisyah meletakkan tangannya di atas telapak tangan lelaki itu.

"Sini. Boleh abang nak pegang tangan isteri abang ni?" Soal Thaqeef.

Perlahan-lahan Aisyah meletakkan tangannya pada Thaqeef.

Tangan itu digenggam dengan erat.

"Abang nak malam ni isteri abang jadi pemaisuri. Apa saja yang habibti nak, just bagitahu abang. Semuanya akan abang tunaikan." Kata Thaqeef.

Aisyah tersenyum manis.

"Boleh ke Aisyah buka niqab ni?" Soal Aisyah.

"Boleh. Jangan risau abang je yang boleh tengok muka cantik habibti tu. Kalau ada orang lain yang cuba untuk curi tengok, tengok la apa abang buat nanti. Apa je yang abang tak boleh buat. Kan?" Jelas Thaqeef.

Aisyah pun membuka niqab tersebut dan dapat menikmati hidangan tersebut bersama Thaqeef. Pandangan Thaqeef ketika itu terhadap Aisyah tersangatlah bermakna.
Jelas terlihat daripada mata lelaki itu kasih dan sayangnya buat wanita tersebut tidak sedikit pun berkurang. Semakin ia cuba untuk memperbetulkan segalanya, perasaan cintanya semakin mendalam terhadap Aisyah.

"Jangan tinggalkan abang." Satu kata dikeluarkan.

Aisyah memandang wajah Thaqeef dengan pandangan yang hairan.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now