Chapter 49

2.5K 116 13
                                    

.....

"Huh.. huh...  Abang Hensem, ada oppa-oppa nak jumpa abang." Kata Qish yang berlari masuk ke dalam masjid dan bertemu dengan Thaqeef yang sedang sibuk mengemas sebuah rak Al Quran di situ.

Thaqeef terlihat kehairanan.

"Oppa? Oppa mana pula ni?" Soal Thaqeef.

"Ada sorang abang tu dekat luar, muka dia macam oppa-oppa Korea." Jelas Qish.

Setelah mendengar Qish menyebut Korea barulah Thaqeef dapat menangkap siapa yang ia maksudkan tadi itu.

"Oh, oppa tu.. dia dekat mana?"

"Ada dekat luar, dekat dengan bansal dekat pagar masjid tu, Abang Hensem." Jawab Qish.

"Yalah, abang pergi jumpa dia sekarang.. tapi sekejap."

"Kenapa?" Soal Qish.

"Qish tak sekolah ke? Buat apa dekat masjid ni siang hari macam ni?" Soal Thaqeef sedikit tegas.

"Hari ni cutilah. Lepas tu Qish dengan kawan-kawan tengah lepak dekat luar sana."

"Suka betul lepak dekat masjid ea?"

"Hehehe.. sebab ada Abang Hensem dekat sini. Bye!" Terus berlari keluar dari situ.

Thaqeef hanya mengelengkan kepalanya melihat kenakalan kanak-kanak itu.

Thaqeef pun keluar untuk bertemu dengan "oppa-oppa" tersebut.

Baru sahaja Thaqeef keluar daripada masjid, dirinya terus disambut dengan meriah oleh seorang lelaki yang berpakaian seperti gaya seorang lelaki korea begitu juga dengan gaya rambutnya.

"Encik Thaqeef!!!!" Jeritnya sambil berlari ke arah Thaqeef dan terus memeluk Thaqeef dengan erat.

Thaqeef cuba melepaskan dirinya tetapi pelukan itu cukup kemas.

"Safuan! Jangan macam ni lah! Budak-budak dekat sana tengok!" Marah Thaqeef.

"Hehehe." Melepaskan pelukan itu.

Thaqeef membetul-betulkan bajunya.

"Saya rindukan sangat-sangat dekat Encik Thaqeef ni, dah berapa lama kita tak jumpa.. dekat 2 tahun tahu tak, Encik Thaqeef." Jelas Safuan.

"Kau kan dah selalu vc aku tak bosan ke?"

"Vc tu lain lah tak sama dengan jumpa depan-depan. Lagipun, sedihlah juga bila time raya dengan puasa Encik Thaqeef tak ada.. nenek Encik Thaqeef pun rindukan Encik Thaqeef." Jelas Safuan lagi.

"Kalau hati aku tergerak nak balik, aku balik la." Balas Thaqeef.

"Kalau macam tu, jom balik sekarang.. dah lama sangat dah duduk dekat sini ni Encik Thaqeef.. dah banyak dah ilmu dekat dada tu ar.."

"Banyaklah kau! Kau ingat menuntut ilmu ni cukup 2 tahun macam ni, orang bertahun-tahun, berpuluh-puluh tahun pun belum tentu cukup." Balas Thaqeef.

"Ya, betullah apa yang Encik Thaqeef cakapkan tu.. tapi apa salahnya balik jumpa keluarga.. pastu kasihanlah dekat saya ni sikit, duduk umah sorang-sorang dah macam kena tinggal laki." Pujuk Safuan.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now