Chapter 65

2.1K 99 4
                                    

Vandora Mall.

Aidil dan Thaqeef kelihatan agak serius membincangkan sesuatu.

"Dia ada dekat Malaysia ke sekarang?" Soal Thaqeef sambil membelek sebuah majalah yang berada di hadapannya.

"Ha ah, dia ada dekat Malaysia sekarang. Inilah masanya Qeef kita nak naikkan lagi marketing dengan buat dia jadi model iklan kita punya Mall ni." Jelas Aidil.

"Ada ke orang berminat dengan pelumba motor?" Soal Thaqeef sambil merenung dalam wajah pelumba motor tersebut.

"Ish kau ni, kau tak tahu ke dia antara pelumba motor yang terkenal sekarang ni dekat luar negara dan dah bawa naik nama Malaysia sampai ke luar negara tau. Hebat budak ni." Puji Aidil.

"Hm.. habis tu nak buat macam mana, nak suruh dia datang sini?"

"Aku ingat nak buat satu event besar dekat kita punya Mall ni lepastu jemput dia sebagai special guest. Confirm ramai yang datang dekat Mall kita ni." Jelas Aidil.

"Kalau macam tu, lepas je event kalau dia tak ada apa-apa masalah boleh suruh dia jadi model iklan. Tapi aku nak tengok sambutan daripada orang ramai dulu, kalau dia ni hanya terkenal dekat luar je dan orang kita tak ada yang kenal sangat, tak boleh juga nak suruh dia promot, kan?" Kata Thaqeef dengan mimik wajah yang sedikit menyindir tentang diri lelaki tersebut.

"Asal kau cakap macam tu, kau tahu tak dia ni dah jadi kegilaan ramai perempuan tau dekat luar sana bukan setakat luar negara dalam negara pun dah berkepuk-kepuk tau. Lagi satu dia ni, dah jadi salah satu motivation yang terbaik bagi kalangan orang muda sebab dia berjaya terpa nama yang besar pada usia dia yang masih muda lagi." Terang Aidil.

"Iye ke? Tak apalah, aku tak nak ambik tahu tentang tu tapi yang penting dia boleh jadi kita punya marketing nanti." Kata Thaqeef.

"Aku jamin pasti Mall ni makin ramai yang datang disebabkan dia." Balas Aidil.

Thaqeef hanya mendengarkan itu tanpa sebarang reaksi. Terlihat jelas Thaqeef tidak berapa menyukai pelumba motor tersebut, entah mengapa dia mendapat sebuah aura negetif daripada lelaki itu.

................

Kereta yang dipandu oleh Thaqeef itu di letakkan dengan rapi di dalam garaj rumah banglo miliknya. Hari ni Thaqeef terpaksa membawa kenderaannya tanpa kehadiran pembantu peribadi kesayangannya iaitu Safuan dek kerana ada urusan yang perlu diuruskan oleh pembantu pribadinya itu.

Termenung sejenak di dalam kereta miliknya. Thaqeef sepertinya memikirkan sesuatu yang sering mengganggu fikirannya kebelakangan ini.

"Aahh!!" Jerit Thaqeef di dalam kereta.

Thaqeef memandang tepat ke arah laci keretanya dan cuba membuka laci tersebut namun tangannya sedikit kaku.

"Apa benda aku ni? Kau takut si Safuan tu ejek kau? Rilek la, dia bukan tahu pun kan? Huh.." terus membuka laci tersebut mengambil sebuah novel yang sengaja ditinggalkan oleh Safuan di dalam laci tersebut.

"Tajuk.. Siapa Sangka terjatuh Cinta by Violet Fasha? Hm.. tajuk macam boleh tahan.. cover buku pun boleh tahan juga.. perlu ke aku baca buku ni? Tapi aku perlu dapat sesuatu daripada benda macam ni untuk buat Aisyah suka dan percayakan aku balik." Bisik Thaqeef sendiri.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now