Chapter 70

1.9K 83 8
                                    



Superbike yang sedang ditunggang oleh Arsyad memecut dengan begitu laju dan sepertinya Arsyad sengaja memecut selaju itu dek kerana hatinya sakit apabila mengenang kembali apa yang dibisikkan oleh Thaqeef kepadanya tempoh hari.

Matanya basah dan kemerahan kerana menangis tidak henti-hentinya.

"Kalau Aisyah masih cintakan kau, tak akanlah dia boleh mengandungkan anak aku? Tolong eh Arsyad, jangan ganggu rumah tangga aku lagi. Aku faham perasaan kau tapi dia bukan milik kau lagi, faham?"

Kata-kata itu masih terngiang-ngiang lagi di dalam fikiran Arsyad.

Brek mengejut. Tubuhnya sedikit terjungkit akibat tindakan memberhentikan motornya secara mengejut tadi.

Membuka topi keledar yang ia gunakan dan turun daripada superbike itu.

Arsyad berjalan lemah menuju ke sebuah jambatan dan topi keledar yang ia pegang dilepaskan begitu sahaja.

Pandangannya kosong bagaikan tiada lagi harapan yang perlu dipenuhi dan ditunaikan.

Kini, Arsyad berdiri menghadap ke bawah jambatam tersebut. Di bawah jambatan itu terdapat sebatang sungai yang agak besar dan arus air yang cukup kuat juga.

Malam itu, Arsyad ingin menamatkan segala kesakitan yang ia rasai. Dia tidak mampu melihat orang yang ia cintai mencintai orang lain sedangkan dirinya sendiri tidak dapat melupakan orang yang ia cintai. Rela menunggu bertahun-tahun namun si dia tetap tidak dapat dimiliki.

"Buat apa aku hidup? Kalau aku bukan pilihan dia? Aku penat. Aku cuma nak pergi daripada dunia ni. Aku penat mencintai dan aku penat terus terluka." Kata Arsyad bersendirian.

Kakinya melangkah naik ke atas pagar simen jambatan itu. Dia berdiri sambil memegang pagar itu.

"Ibu.. Puas hati ibu sekarang?! Arsyad tak dapat nak bahagiakan Aisyah! Dia dah bahagia dengan orang lain. Ni semua salah ibu, kalau ibu tak halang hubungan kami pasti kami dah boleh bersatu sekarang ni! Arsyad tak boleh terima dia kahwin dengan Thaqeef!! Arsyad tak boleh terima dia mengandungkan anak Thaqeef!" Kesalnya sendiri.

Menangis dan kesal dengan apa yang terjadi pada dirinya.

"Huh..." memejamkan mata.

"Aku... nak... semua ni berakhir..." Perlahan-lahan ia melepaskan gengamannya pada pagar tersebut.

Tiba-tiba..

Baju Arsyad diregut daripada belakang sehingga membuatkan Asryad melambung daripada luar jambatan itu dan terus masuk ke sebaliknya.

BEDEBUK!!

"Argh!!" Mengerang kesakitan dek kerana ditolak ke atas jalan bersimen itu.

Arsyad cuba melihat siapakan gerangan manusia yang baru sahaja cuba membatalkak niatnya untuk membunuh diri.

Ternyata..

"Eh rider!! Kau asal? Asal kau tarik aku!? Kenapa tak biarkan aku jatuh je hah tak guna!!!" Tengking Arsyad.

Lengkap berpakaian FoodRider, dia hanya diam dan cuba mengambil barang-barang milik Arsyad yang telah berselerak tadi.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now