.....
Hari yang dinantikan
Aisyah telah balik ke kampung seperti yang diarahkan oleh Pak Ngah.
Aisyah tidak senang duduk ketika di dalam bilik, yang sedang menunggu seseorang yang akan datang merisik.
Pak Ngah yang berada di beranda rumah mereka berdiri sambil memeluk tubuh dengan begitu serius.
"Kalau dia tak datang hari ni, dan hanya nak main-main dengan apa yang dia cakap. Ayah memang tak akan terima dia sebagai menantu dalam rumah ni." Kata Ustaz Abu pada anaknya Fariha.
"Sabarlah sikit ayah, mungkin diorang masih dalam perjalanan." Balas Fariha
Sedang sibuk mereka berbual.
Tiga buah kereta mewah menuju masuk ke pekarangan rumah mereka. Ustaz Abu memandang dengan pandangan yang serius dan menuju ke arah kereta-kereta yang telah diletakkan di hadapan rumah mereka.
Keluarlah beberapa orang yang membawa 3 buah dulang.
Nenek Thaqeef pun menyapa Ustaz Abu dengan ramah, lalu dipelawa masuk oleh isteri Ustaz Abu untuk meneruskan agenda mereka.Aisyah mengintai dari dalam tingkap biliknya, dia ingin tahu siapakah gerangan lelaki yang datang merisiknya. Namun kelibat lelaki itu masih belum kelihatan.
Aisyah hanya menunggu dalam kegelisahan.
Semuanya telah pun melabuhkan punggung di atas kerusi dan sofa yang telah tersedia di ruang tamu itu.
"Terima kasih, sebab telah sudi menerima kami untuk datang memberitahu niat dan hajat yang ingin disampaikan." Kata nenek dengan sopan dan teratur.
"Sama-sama, saya tak keberatan untuk menerima sesiapa sahaja untuk datang merisik dan apa yang telah dilakukan oleh keluarga Puan ni sangat-sangatlah digalakkan." Balas Ustaz Abu.
Fariha dan ibunya menghidangkan beberapa kuih dan minuman untuk mereka.
"Ini ke Aisyah?" Soal nenek yang memandang ke arah Fariha.
"Eh, bukan.. itu anak saya dia pun dah kahwin dan itu suami dia." Jawab Ustaz Abu sambil menunjukkan jari ibunya ke arah Fateh yang duduk berdekatan pintu masuk rumah.
"Oh, maaf saya ingatkan ini lah calon tu."
"Aisyah masih ada dalam bilik. Saya tak izinkan dia keluar lagi. Kalau boleh saya tahu, yang mana satu..yang akan dijodohkan dengan anak saudara saya?" Soal Ustaz Abu sambil melihat ke arah Ameer dan Aidil.
"Sekejap ya. Cucu saya masih tak masuk lagi.."
"Assalamualaikum." Ucap Thaqeef yang baru sahaja melangkah masuk dari pintu utama.
Ustaz Abu sedikit terkejut melihat diri Thaqeef yang begitu tegap dan kemas. Lengkap berpakaian sut lengkap dan juga tinggi orangnya. Kelihatan seperti seseorang yang matang dan bertangunggjawab daripada keterampilannya.
"Ni lah cucu saya, Aidan Thaqeef. Umur dia 30 tahun. Sudah bekerja dan sudah memiliki rumah dan kereta sendiri." Jelas nenek dengan senang hati.
YOU ARE READING
AKU NERAKA BAGIMU
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...