Chapter 68

1.6K 86 7
                                    


"Encik Thaqeef! Betul ke tak nak bawa saya sekali?" Soal Safuan yang masih mengharapkan ajakkan majikannya itu untuk ikut bersama ke tempat honeymoon tersebut.

"Aku tak nak ada gangguan daripada sesiapa. Faham?" Ringkas Thaqeef sambil masuk ke dalam kereta.

Aisyah yang sudah berada di dalam kereta itu memandang Safuan sambil tersenyum disebalik niqab yang ia pakai.

"Maaf ye Safuan. Kali ni je kami tak perlu khidmat awak. Lain kali kita buat percutian family pula ye." Kata Aisyah dengan lembut.

Safuan hanya mengalah dan menerima sahaja.

"Iyelah, hati-hati tau.. kalau ada apa-apa hal call saya tau Encik Thaqeef." Pesan Safuan.

"Jaga rumah!" Jerit Thaqeef daripada dalam kereta miliknya.

Mereka pun beransur-ansur pergi sambil diperhatikan oleh Safuan daripada kejauhan.

"Aku harap, tak ada benda yang tak sepatutnya jadi nanti dekat sana. Aku nak honeymoon kali ni yang terindah untuk diorang. Aminn." Bisik Safuan sendiri.

Ketika di dalam perjalanan.

"Eh? Kita datang sini balik?" Soal Aisyah kepada Thaqeef.

Aisyah tidak menyangka percutiannya kali ini akan bercuti di tempat yang sama iaitu di Cameron Highland lagi.

"Abang sengaja datang sini dan honeymoon dekat sini balik dengan habibti abang ni." Balas Thaqeef sambil tersenyum mesra.

Aisyah sedikit terdiam, kerena di sini jugalah perbagai kenangan yang kurang baik antara mereka berdua dahulu telah pun berlaku.

"Aisyah harap, honeymoon untuk kalini adalah yang paling terbaik." Kata Aisyah.

"Innsya Allah." Jawab Thaqeef dengan nada yang lembut.

Thaqeef menyedari Aisyah sedikit diam apabila mereka sampai di tempat percutian tersebut. Thaqeef juga tahu apa yang sedang mengganggu fikiran isterinya itu.

"Abang sengaja bawa habibti datang balik sebab abang nak buat kenangan yang indah dekat sini.. abang nak bila kita datang sini lagi sekali, habibti akan teringat kenangan manis tentang kita dekat sini." Jelas Thaqeef kepada Aisyah.

"Abang minta maaf.." ucap Thaqeef secara tiba-tiba.

Aisyah sedikit tersentak.

"...."

"Abang tahu apa yang habibti tengah fikirkan sekarang. Abang minta maaf sebab sebelum ni abang dah tinggal kenangan pahit dekat sini.. kata-kata hinaan daripada abang dekat habibti pun ada waktu kita bercuti dulu dekat sini. Maafkan abang sebab buat habibti ingat balik kenangan tu." Kata Thaqeef yang merasa begitu serba salah.

Kereta yang dipandu itu terus diletakkan berhampiran hotel yang mereka akan duduki nanti.

Wajah Thaqeef sedikit mendung kerana masih teringat segala kata-kata hinaan dirinya terhadap Aisyah sebelum ini.

Aisyah merasa kasihan melihat Thaqeef yang masih terkenangkan apa yang terjadi dahulu.

Sepasang tangan yang lembut menyentuh kedua belah pipi lelaki yang sedang berlawan dengan perasaan serba salahnya itu.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now