Balai Polis.
"Aku dah agak dah!! Memang kaulah orangnya kan?!" Tengking Aira pada Thaqeef.
"Aira, bukan saya. Kalau awak tak percaya awak boleh tanya Safuan ni." Balas Thaqeef.
"Boleh percaya ke?! Entah-entah, dia pun sama-sama berkomplot dengan kau!" Marah Aira lagi.
"Korang berdua boleh berhenti berdebat tak? Biar kami pihak polis yang akan tentukan siapa yang bersalah dalam hal ni." Tegur Pegawai Polis itu.
Mereka berdua terdiam.
Thaqeef cuba untuk memandang ke arah Aisyah untuk memastikan keadaannya.Namun, wanita itu sedikit pun tidak mahu dipandang dan ia hanya berusaha untuk menjauhkan dirinya daripada lelaki itu.
"Encik Thaqeef, macam mana awak nak buktikan yang awak tak bersalah?" Soal Pegawai itu.
"Tuan, saya betul-betul tak buat semua tu. Semua yang jadi ni semuanya salah faham, Tuan." Jelas Thaqeef.
"Jangan cuba nak putar belit ceritalah! Kau sendiri yang pegang kunci mangga rumah Aisyah sampai dah patah.. siapa lagi kalau bukan kau yang cuba untuk patahkan mangga tu untuk masuk rumah dia!" Celah Aira.
"Puan Aira, boleh tolong bagi kerjasama dekat kami tak? Boleh tolong diam sekejap? Biar kami yang bertanya dulu." Tegur polis tersebut.
Aira pun terpaksa diam.
"Tuan, boleh saya mencelah? Saya nak buktikan yang majikan saya tak salah." Kata Safuan.
"Macam mana awak nak buktikan?"
Safuan mengeluarkan telefon pintarnya dan menyerahkan telefon itu kepada pegawai tersebut setelah ia membukakan satu rakaman footage dashcam kereta Thaqeef.
"Tu ada bukti yang majikan saya tak salah, dia terpaksa masuk dalam kawasan rumah Puan Aisyah disebabkan lelaki yang terakam dalam video tu. Ada sorang lelaki pelik yang cuba masuk ke dalam kawasan rumah Cik Puan. Dan dekat video tu pun sempat terakam waktu lelaki tu cuba untuk melarikan diri dia." Jelas Safuan.
Pegawai itu meneliti video tersebut dan membawa footage itu kepada pihak yang lebih pakar mengenainya.
"Kamu semua tunggu dekat sini, nanti kami datang balik." Kata Pegawai itu.
Sedang mereka menunggu dalam beberapa minit, tiba-tiba..
Pintu balai polis itu dibuka oleh seseorang.
"Thaqeef." Sapa seseorang yang baru sahaja sampai ke dalam balai.
Thaqeef menoleh ke belakang untuk melihat siapakah yang menyapa dirinya itu.
"Ghazi. Terima kasih sebab datang." Ucap Thaqeef.
Inspektor Ghazi datang menghampiri mereka semua.
"Ni siapa pula? Kau rasuah polis ni pula untuk tutup kes kau ke Thaqeef?" Sindir Aira.
"Maaf, saya bukan seseorang yang mudah-mudah je nak ambik kes kalau kes tu tak penting pun. Kalau Puan cakap saya makan rasuah, memang betul tapi tu dulu.. sekarang saya yang tahan orang yang makan rasuah.. Puan jangan risau, saya cuma nak pastikan tak ada apa-apa salah faham dekat sini." Jelas Inspektor Ghazi.
YOU ARE READING
AKU NERAKA BAGIMU
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...