Chapter 42

3K 122 42
                                    

Thaqeef dibawa pulang oleh Lutfi ke rumahnya bersama Safuan juga.

Lutfi meletakkan Thaqeef di sebuah bangku yang berada di bawah sebuah pokok mangga yang berada di hadapan rumahnya.

Lutfi bergegas masuk ke rumah untuk mengambil ubat dan kembali semula lalu membantu Thaqeef menyapu ubat pada lebam dan luka yang ia dapat daripada Ustaz Abu tadi.

Puan Jamilah yang sedang sibuk menjemur ikan kering di laman rumahnya terus datang ke arah Lutfi yang sedang duduk di situ bersama Thaqeef dan Safuan.

"Kenapa ni Lut? Ni siapa?" Soal Puan Jamilah.

"Kawan Lut." Jawab Lutfi.

Thaqeef sedikit tersentak apabila Lutfi memanggilnya kawan.

"Tu kenapa muka dia berdarah-darah?" Soal Puan Jamilah.

"Ibu.. hm.. boleh tinggal kami sekejap." Lutfi membuat isyarat mata kepada ibunya supaya tidak menanyakan hal itu.

Puan Jamilah memahami maksud daripada anaknya.

Safuan yang berada di situ juga seperti memahami apa yang sedang berlaku. Mungkin saja Lutfi ingin berbicara secara berdua dengan Thaqeef.

"Hm makcik? Makcik tengah nak buat apa dengan belut-belut tu?" Soal Safuan yang melihat ada beberapa ekor belut yang masih belum disiang isi perutnya di dalam besen kecil yang dibawa oleh Puan Jamilah.

"Ouh, belut ni makcik nak siang tapi belut ni hidup. Makcik tak reti nak siang dia. Ingat nak suruh Lutfi buatkan." Kata Puan Jamilah.

"Kalau macam tu, biar saya yang tolong makcik. Saya pandai siang belut, meh saya tolong." Safuan pun pergi menghampiri Puan Jamilah lalu mengambil besen itu.

"Maaf ye kalau menyusahkan."

"Eh tak apa. Saya suka main-main dengan belut ni." Balas Safuan.

Puan Jamilah pun membawa Safuan ke paip air yang berada di belakang rumah mereka untuk memudahkan proses penyiangan belut itu.

Lutfi hanya memerhati dari kejauhan lalu menyambung kembali mengubati luka Thaqeef tadi.

Lutfi ingin menyapu ubat pada wajah Thaqeef tetapi Thaqeef sedikit mengelak.

"Er.. tak apa Lut. Aku boleh ubat sendiri." Thaqeef mengambil ubat yang dipegang oleh Lutfi itu.

Lutfi pun mengalah sahaja.

"Kenapa kau tolong aku? Bukan ke sepatutnya kau biar je aku kena pukul dengan pak ngah sampai lunyai. Aku dah rampas orang yang kau cinta daripada kau. Kau tak bencikan aku?" Soal Thaqeef sambil memandang ke arah Lutfi.

"Untuk apa aku bencikan kau. Aisyah tu bukan milik aku dan bukan milik kau. Dia milik Allah, aku redha  yang dia bukan jodoh aku. Aku pun tak ada hak nak benci kau." Jawab Lutfi dengan tenang.

"Aku jahat Lut. Kau sepatutnya marah dekat aku sebab aku seksa hidup Aisyah! Aku dah seksa hidup orang yang kau sayang." Sesal Thaqeef.

"Thaqeef, aku tak cakap apa yang kau buat tu tak salah tapi aku pun tak ada hak nak hukum kau atas apa yang kau buat. Jika kau dah sedar atas semua kesalahan yang kau dah buat selama ni Alhamdulillah.. Allah masih jentik hati kau untuk sedar dengan dosa yang kau dah buat."

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now