///
Ketika berada di dalam masjid, seusai saja majlis usrah Aisyah termenung panjang di penjuru masjid sambil memegang seutas tasbih kecil yang sedang digenggam olehnya.
Perbuatan itu, telah disedari oleh seorang ustazah yang menguruskan usrah tersebut. Ustazah itu datang menghampiri Aisyah yang terlihat seperti terbebankan oleh sesuatu. Sikap Aisyah itu telah disedari olehnya sejak awal permulaan majlis itu lagi kerana kebiasaannya Aisyah sangat petah berbicara di dalam usrah tapi kali ini dia terlihat sedikit diam dan tidak banyak berbicara, kadang-kadang dia juga kerap termenung.
"Aisyah.." sapa ustazah itu dengan lembut.
Ustazah yang berusia 40-an itu tersangat lembut apabila berbicara dan ramai juga jemaah yang menggemari cara percakapan ustazah tersebut.
Aisyah masih tidak menyedari kehadiran ustazah itu lagi.
"Aisyah.. assalamualaikum ya Aisyah." Sapa ustazah itu dengan lebih keras sedikit.
Aisyah terus tersentak dari lamunannya dan sedikit mendongak untuk melihat siapa yang sedang memanggilnya tadi.
"Ustazah.. astagfirullahalazim.. saya minta maaf. Saya tak perasan ustazah panggil saya." Ucap Aisyah yang tidak berhenti-henti meminta maaf.
"Eh, tak apa Aisyah.. awak ada masalah ke Aisyah?" Soal ustazah itu sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Aisyah.
"Tak adalah ustazah, saya okay je." Balas Aisyah, namun wajahnya tidak dapat menipu.
"Yeke ni? Aisyah.. kalau Aisyah ada masalah jangan dipendam. Nanti akan buat Aisyah semakin tertekan. Kalau Aisyah rasa ingin bercerita, innsya Allah ustazah sedia mendengar.." kata ustazah sambil memegang lembut tangan Aisyah.
Bibir Aisyah bergetar-getar kerana berusaha untuk menahan tangis.. namun, air matanya telah jatuh berderai terlebih dahulu.
"Aisyah?" Tegur Ustazah dengan nada yang agak terkejut melihat Aisyah menangis, oleh kerana Aisyah tidak memakai niqab ketika di dalam masjid, ustazah itu terus menyadari yang Aisyah telah mengalirkan air matanya secara tiba-tiba.
"Hrmm... hiks hiks hiks.." tangisannya semakin menjadi-jadi.
"Ya Allah, Aisyah.. kenapa ni nak? Ada apa dengan awak Aisyah? Apa masalah yang sedang Aisyah hadapi sekarang ni sampai menangis macam ni?" Soal Ustazah itu dan terus mengosok-gosok belakang badan Aisyah.
"Ustazah.. Allah tak sayangkan saya ke? Kenapa berat sangat ujian yang Allah bagi dekat saya ustazah... kenapa samakin saya nak mendekatkan diri saya pada Dia ujian dalam hidup saya bertubi-tubi yang datang... kenapa ustazah... saya bukan buat perkara jahat ustazah, saya sedang berusaha untuk jadi lebih baik.. hiks.hiks.." Aisyah teringat akan apa yang terjadi terhadapnya tempoh hari iaitu ia dipaksa oleh Thaqeef untuk menggugurkan kandungannya.
"Astagfirullahalazim Aisyah, kenapa cakap macam ni? Jangan pernah kita bersangka buruk pada Allah. Kita baru je belajar tadi kan? Allah tak pernah bagi ujian yang melebihi daripada kemampuan hambanya. Allah tu tahu sekuat mana hamba Dia ni mampu hadapi ujian yang Dia berikan kepada kita. Istigfar Aisyah, awak tak patut bersangka buruk dengan Allah. Allah bagi kita ujian sebab Allah sayangkan kita.."
"Bukan sebab Allah bencikan kita. Allah tak pernah benci akan hambanya yang senantiasa ingin berubah ke arah jalan yang lebih baik. Malah, Dia lebih dekat dengan hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat kepadaNya. Aisyah, sebesar mana pun ujian awak, itu pasti untuk menguji keimanan awak, sejauh mana awak masih meminta dan memohon segalanya pada Dia."
YOU ARE READING
AKU NERAKA BAGIMU
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...