Chapter 37

2.7K 120 12
                                    

.......

"Safuan, boleh awak tolong jagakan Encik Thaqeef sekejap? Saya nak keluar." Pesan Aisyah.

"Puan Aisyah nak pergi mana?"

"Saya nak belikan satu barang untuk Encik Thaqeef, awak tolong jagakan sekejap ye.." kata Aisyah.

"Baiklah Puan."

"Terima kasih."

Aisyah pun keluar daripada pintu utama untuk menuju masuk ke dalam kereta tetapi Aisyah baru saja menyedari bahawa Thaqeef sedang memerhatinya dari atas, iaitu ada sebuah koridor yang menghadap ke arah depan rumah mereka.

"Mana kau nak pergi?" Soal Thaqeef.

"Saya nak keluar sekejap, awak tunggu saya balik nanti ye.. saya ada nak belikan sesuatu untuk awak."

"Tak ada masa aku nak tunggu kau balik! Kau jangan nak mengatal pula dekat luar tu.. manalah tahu kau ada buat hubungan sulit dekat luar tanpa pengetahuan aku.. mungkin kau dah rasa aku ni tak berguna dah bagi kau."

"Astagfirullahalazim..huh.." Aisyah menahan sabar sambil mengukir senyuman kepada suaminya yang sedang berada di tingkat 2 rumah mereka yang mempunyai 3 tingkat itu.

"Saya pergi dulu, Assalamualaikum." Ucap Aisyah dan berlalu pergi.

Thaqeef melihatnya dengan riak wajah yang sedikit kesal.

"Kenapa Encik Thaqeef cakap macam tu?" Soal Safuan yang datang secara tiba-tiba.

Safuan sudah mula bekerja dengan Thaqeef semenjak kejadian di pantai tempoh hari. Dia berusaha memaksa Thaqeef untuk menerimanya bekerja sebagai driver dan juga pengawal kepada Thaqeef dan Aisyah.

Walaupun, jauh di sudut hati Thaqeef tidak mahu menerima lelaki itu, tetapi cara paksaan yang digunakan oleh Safuan amat berpengaruh sehingga dia tidak dapat menolak.

"Suka hati aku lah.. yang kau tak ikut dia sekali kenapa?"

"Puan Aisyah minta tolong saya jagakan Encik Thaqeef."

"Aku bukannya budak-budak nak kena jaga bagai." Jawab Thaqeef.

"Tolonglah sedar diri sikit." Kata Safuan selamba.

"Apa kau cakap?!"

"Tak dengar ke? Saya cakap tolonglah sedar diri sikit Encik Thaqeef, yang sebenarnya Encik Thaqeef tu nak berdiri sendiri pun tak mampu lagi.. makan pakai Encik Thaqeef pun isteri Encik Thaqeef yang handle.. jadi janganlah sombong sangat.."

"Kau ni kan!!" Marah Thaqeef.

Safuan menolak kerusi roda Thaqeef masuk ke dalam lif di dalam rumah tersebut.

"Kau nak bawa aku pergi mana?!"

"Makan. Encik Thaqeef tak makan lagi kan. Meh saya tolong suapkan."

"Aku tak nak!!" Bantah Thaqeef.

"Tak apa saya ikhlas nak tolong suapkan nanti."

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now