Chapter 11

2.7K 121 2
                                    

......

Aisyah sedang sibuk menaip dengan tekun pada komputer riba miliknya yang berada di atas meja yang berada tidak jauh daripada katilnya di dalam bilik.

Aisyah sedang berusaha menyiapkan penulisan blognya untuk para pembaca yang setia menunggu setiap lembaran baru yang akan dihidangkan oleh Aisyah kepada mereka.

Aisyah menulis blog berkaitan motivasi kehidupan dan perjalanan hijrahnya semenjak Aisyah sudah berjinak-jinak untuk berhijab secara istiqomah dan juga berniqab.

"Sibuk betul U kebelakangan ni?" Soal Aira yang berada dibingkai pintu bilik Aisyah.

"Sikit lagi nak siapkan ni ,pastu nak print semuanya." Jawab Aisyah sambil menoleh ke arah Aira yang sedang berdiri dibingkai pintu itu sambil mulutnya sibuk mengunyah sebiji buah apel.

"U nak buat apa print semua tu?" Soal Aira lagi,kali ini dia masuk ke dalam bilik dan menuju ke arah katil Aisyah dan duduk menghadap ke arah Aisyah.

"Sebab nanti saya nak hantar semua ni dekat penerbit buku." Jelas Aisyah sambil tersenyum.

"What? Penerbit? U nak keluarkan  buku ke? Seriously?!" Soal Aira dengan begitu teruja.

"Tak pasti lagi la.. sebenarnya saya tak yakin nak keluarkan buku ni .. lagi pun saya tak rasa yang penulisan saya ni okay. Saya buat blog ni pun atas dasar suka-suka je Aira.. " Jelas Aisyah lagi.

"Who said? Siapa cakap U punya penulisan tak okay? U tahu tak yang I ni antara your readers tau. I ni pembaca setia and disebabkan U punya blog juga la.. I jadi makin semangat nak hijrah.. kata-kata dan ayat-ayat motivasi dalam blog tu betul-betul buat I ni tersedar dan macam bagi I satu semangat . U memang patut jadikan penulisan U tu sebuah buku . I yakin pasti ramai yang akan baca. Serious talk okay." Terang Aira dengan begitu yakin.

"Entah lah.. " Aisyah masih ragu-ragu.

"By the way, macam mana ada penerbit nak baca U punya penulisan tu . Tadi U cakap U tak yakin pun nak buat buku. Habis tu datang dari mana pulak si penerbit ni?"

"Dia yang dm saya dekat intagram. Dan dia cakap dia berminat nak keluarkan penulisan saya lepas dia baca saya punya blog ni. Tapi saya bagitahu dia yang saya belum siapkan lagi seratus peratus dan dia still nak baca juga."

"Ouh."

"Jadi nanti saya nak pergi jumpa dia dalam pukul 9 untuk serahkan penulisan ni sebab dia nak bawa berbincang dengan beberapa orang atasan. Awak boleh tolong hantar saya tak Aira?" Soal Aisyah.

"Of couse boleh.. eh tapi.." Aira seperti teringatkan sesuatu.

"Kenapa Aira?"

"I lupalah Aisyah. Nanti pukul 8:30 I ada makan malam dengan bos baru I dekat rumah dia dengan semua pekerja. Sorry I tak boleh nak excuse, ya la kan I baru je start kerja dekat situ." Jelas Aira dengan sedikit serba salah kerana tidak boleh menghantar Aisyah.

"Kerja baru awak dekat syarikat decoration rumah tu ke? Awak dapat?"

"Ya Aisyah , alhamdulillah sangat.. and yang paling I happy my bos tu perempuan and dia tu sedikit berusialah tapi baik sangat. Like my mother U know. Tu yang dia buat makan-makan ni sebab nak rai I yang baru masuk kerja dekat sana."

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now