Aisyah menjejakkan kakinya ke dalam anjung rumah Pak Ngah dengan wajah sayu dan sedikit bengkak.
Dia mengetuk pintu, Fariha datang membukakan pintu tersebut.
Fariha terkejut melihat keadaan Aisyah ketika itu.
"Aisyah? Kenapa ni?" Soal Fariha cemas.
Tanpa sebarang kata, Aisyah terus memeluk rapat tubuh Fariha dan menangis teresak-esak seperti sedang meluahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.
"Hiks.. hikss.. isk.." tangisnya.
"Ya Allah kenapa ni Aisyah?" Soal Fariha sambil memegang wajah Aisyah dengan kedua belah tangannya.
"Tha-Thaqeef... dah ceraikan Aisyah kak. Dia ceraikan Aisyah talak 3 kak.. hiks hiks." Tangisannya semakin deras.
Tergamam Fariha mendengarkan itu.
"Astagfirullahalazim.. ya Allah.. apa yang jadi sebenarnya ni Aisyah.. ya Allah kenapa boleh jadi macam tu??" Soal Fariha yang juga ikut menangis melihat Aisyah menangis teresak-esak.
Setelah itu, selepas waktu makan malam. Ustaz Abu dan keluarganya berkumpul untuk membincangkan tentang hal yang menimpa Aisyah.
Ustaz Abu terlihat sangat berang dengan apa yang terjadi terhadap Aisyah. Kesan lebam dan luka pada muka dan kaki Aisyah menambahkan lagi kemarahan Ustaz Abu terhadap Thaqeef.
"Apa yang dia fikir?!!" Marah Ustaz Abu.
"Abang, jangan marah-marah macam ni." Tenang isterinya.
"Macam mana saya tak marah Saadah? Dia ceraikan Aisyah dengan talak 3 dan dia pukul Aisyah tanpa dengar semua penjelasan daripada Aisyah dulu." Balas Ustaz Abu.
Aisyah hanya menahan sebak.
"Apa lagi yang dia buat dekat kamu Aisyah? Apa yang kamu tak bagitahu dekat pak Ngah?" Soal Ustaz Abu dengan nada yang tegas.
Aisyah hanya terdiam.
"Aisyah jawab! Kamu jangan nak berselindung lagi, jangan cuba untuk bela lelaki tak guna macam tu!! Lelaki jenis apa yang pukul perempuan hatta kamu salah sekalipun dia tak sepatutnya pukul kamu!" Marah Ustaz Abu.
"Er.." berat mulut Aisyah untuk memberitahu tentang bagaimana Thaqeef melayaninya selama ini.
Dia tetap tidak mahu memburukkan Thaqeef.
"Akak boleh tanya satu perkara dekat Aisyah?" Soal Fariha.
"Akak nak tanya apa?"
"Betul ke, Thaqeef pernah paksa Aisyah gugurkan kandungan dulu?"
Terkejut Aisyah, dia tidak menyangka Fariha tahu tentang hal itu.
"Mana akak tahu?"
"Aira yang bagitahu. Dia dapat tahu hal ni daripada kawan dia yang bekerja dekat klinik tu." Jelas Fariha.
"Apa?! Gugurkan kandungan? Kenapa Aisyah?" Soal Ustaz Abu.
"Aisyah minta maaf pak ngah. Sebenarnya, selama 2 tahun perkahwinan kami.. Thaqeef selalu pukul Aisyah, dia bencikan Aisyah.. dia kahwin dengan Aisyah sebab nak balas dendam... dia paksa Aisyah gugurkan kandungan sebab.. dia tak nak anak dia lahir daripada rahim Aisyah.." jawab Aisyah sambil mengalirkan air mata.
YOU ARE READING
AKU NERAKA BAGIMU
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...