Safuan menjerit kegembiraan setelah melihat Thaqeef sudah boleh berjalan seperti biasa kembali.
Thaqeef berjalan menghampiri Safuan yang sedang menunggunya di luar bilik terapi.
"En-encik Thaqeef?!" Jerit Safuan.
Thaqeef tersenyum bahagia.
"Apa yang kau terjegat lagi?" Soal Thaqeef.
"Be-betul ke ni?! Betul ke Encik Thaqeef dah boleh jalan macam biasa?"
"Habis tu? Kau nampak aku tengah buat apa ni?"
Safuan terus memeluk Thaqeef.
"Aduh." Thaqeef sedikit mengaduh kerana pelukan yang diberikan Safuan cukup kuat juga.
"Pasti Puan Aisyah akan rasa seronok bila nampak Encik Thaqeef dah boleh berjalan macam biasa. Saya tak sabar nak tengok." Kata Safuan.
"Aku memang tak sabar nak jumpa dia tapi.. aku kena pergi office dulu. Boleh kau tolong hantarkan." Balas Thaqeef.
"Of course lah boleh, asal tak boleh pula kan. Jom, saya bawa Encik Thaqeef pergi office dulu." Kata Safuan sambil menuntun Thaqeef berjalan bersamanya.
Setelah beberapa minit perjalanan, akhirnya Thaqeef sampai ke pejabatnya. Dia ke sana untuk mengambil beberapa barang kerja yang ia perlukan untuk dibawa pulang ke rumah.
Baru sahaja Thaqeef ingin melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya, Aidil memanggilnya daripada pintu bilik pejabat Aidil.
"Thaqeef? Apa ni? Seriuslah?" Soal Aidil yang terkejut dengan apa yang ia sedang saksikan.
"Kau nampak aku tengah main-main ke?"
"Alhamdulillah.. finally, kau sihat juga.. tak ada lah aku kena buat semua kerja dekat office ni lagi." Balas Aidil.
"Dasar tak ikhlas." Jawab Thaqeef.
"Gurau je bro.. eh mai lah masuk bilik aku dulu.. aku nak sembang sikit dengan kau ni." Ajak Aidil lalu menarik Thaqeef masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Thaqeef hanya menuruti sahaja, memandangkan dia juga sudah lama tidak bertemu dengan Aidil.
Thaqeef pun duduk di atas sebuah sofa yang empuk di dalam pejabat Aidil itu.
"Ni kiranya dah sembuh sepenuhnya ke?" Soal Aidil.
"Tak ada lah sampai sepenuhnya, boleh jalan tu memang boleh tapi still rasa macam terkecot lagi. Nanti lama-lama okaylah." Jawab Thaqeef.
"Isteri kau dah tahu belum ni?"
"Belum lagi."
"Asal kau tak bagitahu dia lagi? Dia kenalah tahu.. Aisyah tu dah penat-penat jaga kau tahu tak selama ni." Kata Aidil.
"Aku nak buat suprise dekat dia." Balas Thaqeef sambil tersenyum.
Aidil sedikit menjungkitkan keningnya, mungkin dia sedikit hairan melihat Thaqeef tersenyum apabila berbicara tentang Aisyah. Maklumlah, Aidil masih belum mengetahui tentang hubungan Thaqeef dan Aisyah yang sudah semakin membaik.
YOU ARE READING
AKU NERAKA BAGIMU
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...