Chapter 13

2.9K 118 5
                                    

Pagi itu, Aidil sedang ralit meng-scroll tiktok di atas skrin telefon pintar miliknya. Dan tiba-tiba suatu rakaman video yang sedang tular menarik perhatian Aidil. Aidil mendekatkan skrin telefon itu ke wajahnya untuk kepastian. Tidak syak lagi, itu adalah video rakaman Thaqeef yang sedang menengking seorang wanita berniqab dengan begitu keras di depan sebuah kafe di tempat itu.

Aidil menekan ruangan komen untuk memastikan lagi keadaan tersebut.

"Tu bukan ke Ceo Vandora ke?"

"Asal mamat tu tengking akak purdah tu?! Takda adab langsung!!"

"Patut buat report ni"

"Tak boleh nak buat report jugak kalau lelaki tu orang kaya. Zaman sekarang polis pun tak boleh nak harap."

"Tengok perempuan yang sorang lagi tu macam baru kene pukul je.. ke mamat tu yang pukul??!"

"Lelaki dayus!!"

"Dasar dayus!!"

"Ya Allah , jauhkan lah aku dari lelaki dayus macam ni. Dasar kaki pukul perempuan!!"

"....."

Aidil membaca setiap komen yang tertulis di situ dan dia betul-betul merasa malu dengan sikap Thaqeef kali ini. Aidil juga risau sekiranya hal ini akan diketahui oleh nenek. Sudah pasti nenek akan merasa sangat kecewa dan sedih.

Aidil pun bingkas keluar dari pejabatnya dan menuju ke ruangan Thaqeef dengan tergopoh- gapahnya Aidil menerjah masuk ke dalam ruangan Thaqeef yang sedang bermesyuarat dengan beberapa klien mereka.

Pintu dibuka dengan kasar.

Para klien dan Thaqeef terkejut dengan tindakan Aidil itu, sehingga membuatkan mereka berhenti daripada berbincang hal pekerjaan mereka.

Thaqeef memandang tajam ke arah Aidil tadi kerana telah membuatkan klien mereka merasa tidak nyaman.

"Maaf, boleh kita sambung perbincangan ini pada kemudian hari?" Soal Thaqeef.

"Oh takda masalah Encik Thaqeef, tapi kalau boleh untuk perbincangan kita yang akan datang saya nak Encik datang ke tempat pembinaan cawangan Vandora tu. Kami kalau boleh nak Encik tengok tempat tu sekali, baru lebih jelas untuk kita berbincang dengan arkitek kita dekat sana sekali." Jelas klien itu.

"Baiklah, awak semua tak perlu risau saya akan datang melawat ke sana jika tiada hal yang mendatang." Kata Thaqeef

Aidil masih lagi tercegat di situ menanti untuk berbicara bersama Thaqeef. Thaqeef mengetahui niat Aidil melalui riak wajah Aidil yang kelihatan agak kusut itu.

Setelah para klien mereka keluar Aidil pun datang mendekati meja pejabat Thaqeef lalu mencampakkan telefon pintarnya ke arah Thaqeef sambil memutar kembali video yang ia tonton tadi.

"Apa ni!" Soal Aidil dengan nada yang agak marah.

"Video aku. Asal?" Jawab Thaqeef dengan tenang.

"Kau tahu tak video kau tu dah viral satu malaysia ni?! Kau memang nak malukan nenek ke dengan apa yang kau buat ni? Kau masih tak serik-serik ke buat tabiat bodoh kau tu?!" Marah Aidil.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now