Aidil singgah ke rumah Thaqeef.
Safuan yang baru sahaja ingin menutup pintu pagar terus menghentikan perbuatan tersebut kerana melihat kereta Aidil yang berhenti di hadapan rumah banglo milik Thaqeef itu.
"Safuan! Thaqeef ada dekat rumah tak?" Soal Aidil daripada dalam kereta.
"Encik Thaqeef takdalah, Encik Aidil." Jawabnya.
"Bila dia balik?"
"Encik Aidil tak tahu ke yang Encik Thaqeef dah tak duduk sini lagi, dia dah pindah dekat rumah lain." Jelas Safuan.
"Pindah?!" Aidil kehairanan.
"Ya, Encik Aidil."
"Boleh aku masuk?" Soal Aidil.
"Boleh, kejap saya bukakan pagar ni." Safuan membuka pagar tersebut.
Selang beberapa saat, Aidil keluar daripada keretanya dan duduk di sebuah kerusi yang berada di luar rumah Thaqeef sambil mengajak Safuan untuk bersembang dengannya.
"Kau duk sini. Aku nak tanya lagi pasal bos kau tu." Kata Aidil.
Safuan pun duduk pada satu sebuah kerusi lagi yang berada di situ dan duduk menghadap ke arah Aidil.
"Kenapa dia pindah? Asal dia tak bagitahu apa-apapun dekat aku?"
"Hrm.. Encik Aidil tahu kan.. yang Cik Puan Aisyah ada dekat KL sekarang.. jadi sekarang ni Encik Thaqeef tengah usaha untuk jagakan Cik Puan atas permintaan Pak Ngah." Jelas Safuan.
"Jagakan? Dia pindah mana sekarang?"
"Sebelah rumah Cik Puan."
"Sebelah rumah?! Asal dia tak bagitahu aku?"
"Dia tak nak kena perli dengan Encik Aidil lagi, sebab dia tengah cuba untuk dapatkan janda dia balik."
"Haha.. macam tu pula? Berapa lama dah dia pindah sana?"
"Sekarang dah nak masuk 2 bulan dah Encik Aidil."
"Kalau aku tak datang sini, dah sah-sah sampai bila-bila aku tak tahu yang dia duduk sana." Balas Aidil.
Safuan hanya tersenyum.
"Kau boleh tolong aku tak ni?" Soal Aidil.
"Tolong apa ya Encik Aidil?"
"Tolong bagi kertas kerja ni dekat majikan kau tu, aku tak sempat nak singgah rumah sewa dia tu. Kau jelah tolong sampaikan benda ni." Kata Aidil sambil menghulurkan beberapa kertas kerja berkenaan cawangan baru pusat beli belah yang sedang berjalan.
"Baiklah Encik Aidil, nanti saya akan sampaikan dekat Encik Thaqeef." Jawab Safuan sambil mengambil dokumen itu.
"Okay-lah! Aku nak gerak dulu, apa-apapun bagitahu majikan kau tu goodluck! Semoga ada sinarnya nanti." Kata Aidil sambil bersiap untuk pulang.
"Baiklah, Innsya Allah Encik Aidil." Balas Safuan.
Aidil pun masuk ke dalam perut keretanya dan berlalu pergi daripada situ.
YOU ARE READING
AKU NERAKA BAGIMU
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...