Chapter 9

2.9K 128 0
                                    

//

"Aisyah apa khabar?" Soal Ustaz Lutfi.

"Alhamdulillah.. ustaz cari Pak Ngah ke?" Soal Aisyah kembali.

"Ya.. kebetulan jumpa Aisyah dekat sini tu yang saya tegur."

"Ouh. Kalau ustaz nak jumpa Pak Ngah. Pak Ngah ada dekat rumah tengah sambut tetamu."

"Ouh yeke. Sebenarnya saya datang sini nak tengok Fateh akad nikah .. rupa-rupanya dah selesai dah." Jelas Ustaz Lutfi yang kelihatan agak kesal sedikit.

"Kenapa ustaz datang lambat?"

"Tadi saya ada hal sikit dekat madrasah.. saya tengah uruskan budak-budak yang nak mendaftar ke Mesir." Jelasnya lagi

"Macam tu .. hrm.. takpa lah ustaz saya dah nak balik .. saya minta diri dulu . Assalamualaikum." Aisyah pun cepat-cepat mengatur langkahnya untuk pulang .

"Aa.. Aisyah. Hrm. Waalaikumussalam." Tidak sempat memanggil Aisyah yang sudah berlalu pergi itu.

"Sampai bila aku nak simpan perasaan ni? Aku nak sangat bagitahu hajat aku dekat Aisyah tapi adakah Aisyah akan terima aku? Ya Allah sesungguhnya hambamu ini telah menyimpan satu perasaan cinta yang mendalam terhadap hamba mu itu ya Allah." Bisiknya sendiri.

Tanpa membuang masa lagi, Lutfi pun bersegera untuk ke rumah Ustaz Abu untuk memenuhi jemputan kenduri.

Setibanya di sana, Ustaz Abu menyambut Lutfi dengan senang hati.

Lutfi berada di rumah Ustaz Abu sehingga malam dek kerana terus-menerus ditahan oleh Ustaz Abu untuk tetap tunggu di rumah sehingga semua selesai. Katanya ada sesuatu untuk dibincangkan bersama Lutfi.
Lutfi hanya menurut sahaja.

Malam hari

Sesudah Isyak.

"Aisyah, tengok tu Ustaz Lutfi ada dengan Pak Ngah dekat luar. Aisyah rasa diorang tengah bincang pasal apa?" Soal Fariha yang sedang mengintai dari tingkap dapur rumah mereka.

"Adalah tu , hal-hal madrasah ke." Ringkas Aisyah yang sedang sibuk memcuci pinggan.

"Akak rasa Pak Ngah Aisyah tengah cakap pasal perjodohan korang ."

"Apa?! Akak ada bagitahu apa-apa dekat Pak Ngah ke kak?" Tersentak Aisyah mendengar kata-kata Fariha itu.

Pinggan yang dicuci tadi tidak sempat dibersihkan dia terus menghampiri Fariha.

"Akak, akak ada cakap apa-apa ke dengan Pak Ngah?" Soal Aisyah lagi.

"Mana ada Aisyah. Akak tak cakap apa-apa pun. Sebenarnya hari tu akak ada dengar yang ayah akak dengan mak nak jodohkan Aisyah dengan Ustaz Lutfi. Tu akak agak je yang ayah akak tengah bincang pasal tu kut." Jelas Fariha.

"...." Aisyah terdiam, dia tidak tahu ingin memberikan respon yang bagaimana. Dia bukannya tidak menyukai  Lutfi tetapi dia cuma takut yang dia tidak layak untuk menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang baik seperti  Lutfi.

Tiba-tiba Puan Saadah datang mencelah dipertengahan pembicaraan mereka itu.

"Sebenarnya, Pak Ngah nak jodohkan si Lutfi tu dengan Fariha." Kata Puan Saadah.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now