Hotel bajet.
Raykal diheret kasar oleh Faiz dengan diiringi Inspektor Ghazi daripada belakang.
Melempar kasar tubuh Raykal masuk ke dalam sebuah bilik hotel yang sudah ditempah khas oleh Inspektor Ghazi.
"Sakitlah bodoh!" Jerit Raykal yang kesakitan kerana dihumban masuk ke dalam bilik itu.
Tangannya masih bergari.
Faiz mengangkat tubuhnya dan mendudukkannya di atas sebuah kerusi.
"Korang nak buat apa hah?! Oi polis tak guna!! Kau memang boleh ke buat semua ni sesuka hati kau?! Negara ni tak ada undang-undang ke hah?!" Marah Raykal.
Inspektor Ghazi datang menghampiri dan sedikit membongkok ke arah Raykal.
"Negara ni memang ada undang-undang tapi sorry to say, aku memang jenis yang suka langgar undang-undang. Heheh." Kata Inspektor Ghazi sambil tersenyum sinis kepada Raykal.
Raykal ingin meludah wajah Inspektor Ghazi untuk sekali lagi, namun dengan tangkas Inspektor Ghazi menyumbat segumpal kain ke dalam mulutnya.
"Hm! Hm!!" Jeritnya.
"Shuhh! Jangan bising! Faiz kau jaga kejap." Kata Inspektor Ghazi.
"Baik tuan!" Jawabnya lantang.
Inspektor Ghazi menunggu kehadiran Thaqeef dan juga Aidil.
Setelah beberapa minit, akhirnya mereka sampai.
"Hi bro." Ucap Aidil dan berlaga tangan bersama Inspektor Ghazi.
Begitu juga dengan Thaqeef.
"Thaqeef, kau nak buat apa dekat budak ni?" Soal Inspektor Ghazi.
"Aku nak dia minta maaf atas apa yang dia dah buat dekat Aisyah dan juga aku." Jawab Thaqeef sambil memandang ke arah Raykal yang sedang berada di dalam bilik hotel itu.
"Minta maaf? Serius?" Soal Inspektor Ghazi.
"Kenapa?" Thaqeef hairan.
"Raykal tu tak pernah kenal erti penyesalan. Aku tak rasa dia akan minta maaf dengan kau. Tapi tak apa, terserah pada kau.. aku ikutkan je. Silakan masuk." Kata Inspektor Ghazi sambil memberikan ruang untuk Thaqeef masuk ke dalam.
"Faiz, keluar. Tinggalkan diorang berdua." Arah Inspektor Ghazi pada Faiz.
"Baik tuan!" Terus berlari keluar.
Mereka pun menutup pintu bilik hotel itu dan meninggalkan Thaqeef dan Raykal di dalam itu berdua.
"Lepas pula kau bawa dia keluar Ghaz?" Soal Aidil.
"Heh.. aku pun tak sangka yang atasan aku masih nak pertahankan aku lagi dalam kerja ni. Sebabtu lepas."
"Maksud kau, kau suap ke?"
"Memang tak lah! Aku dah lama dah buat camtu, kau ingat, nak suap orang atasan ni singgit dua ringgit ke? Entahlah, aku pun tak tahu kenapa diorang masih nak pertahankan aku. Padahal aku dah banyak buat masalah sebab nak kena pecat daripada kerja ni."
YOU ARE READING
AKU NERAKA BAGIMU
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...