Dua bulan berlalu.
Aisyah sedang bersiap-siap untuk ke hospital setelah dia pulang sementara waktu untuk mengambil beberapa barang peribadinya untuk dibawa ke hospital kembali.Keadaan Thaqeef masih belum ada tanda-tanda yang menunjukkan dia akan sedar tetapi kini Thaqeef sudah tidak menggunakan mesin pernafasan lagi.
Dia sudah boleh bernafas seperti biasa cuma tanda-tanda untuk sedar masih belum terlihat lagi.Aisyah bergegas turun daripada tangga rumah untuk menuju ke arah pintu utama sambil membawa beberapa beg kecil yang berisi baju-bajunya.
Kring! Kring!
Telefonnya berdering.Dengan pantas Aisyah menjawab panggilan daripada nenek.
"Nek?"
"Aisyah kamu dekat mana?"
"Aisyah dekat rumah, sekarang tengah on the way nak pergi hospital." Jawab Aisyah.
"Cepat datang hospital sekarang! Thaqeef.."
"Thaqeef kenapa?!" Soalnya risau.
"Thaqeef dah sedar. Cepat Aisyah." Jawab nenek.
Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya Aisyah apabila mendengarkan berita itu.
Rasa ingin menangis, rasa ingin menjerit, tapi dengan pantas Aisyah terus melakukan sujud syukur sambil mengalirkan air mata.
Setelah selesai sujud syukur Aisyah menjawab panggilan itu kembali.
"Nenek! Nenek tunggu Aisyah.. Aisyah akan segera datang sana." Jawab Aisyah sambil berlari masuk ke dalam kereta BMW miliknya.
"Ya, kitorang semua akan tunggu Aisyah." Jawab nenek.
Panggilan ditamatkan.
Setelah beberapa minit, Aisyah masuk ke dalam hospital itu dan cepat-cepat menekan tombol lif.
Setelah itu, dengan langkah yang tergesa-gesa akhirnya Aisyah masuk ke dalam bilik rawatan itu.
Dengan wajah yang tersenyum gembira disebalik niqab itu, dia melihat Thaqeef sedang memandang ke arahnya dan betapa bahagianya perasaannya ketika itu dapat melihat sang suami sedang memandangnya, sudah lama Aisyah tidak melihat mata yang indah itu.
Aisyah berlari ke arah Thaqeef yang terbaring.
"Awak.. ya Allah syukur Alhamdulillah.." ucap Aisyah sambil memeluk Thaqeef dengan meletakkan kepalanya di atas dada bidang Thaqeef.
Thaqeef masih tidak memberikan apa-apa reaksi melainkan hanya memandang biasa saja ke arah Aisyah.
"Doktor, boleh doktor bagitahu balik apa yang doktor bagitahu dekat saya tadi tentang keadaan saya sekarang." Kata Thaqeef sambil memandang tepat ke arah doktor yang sedang berdiri tepat di sampingnya.
"Kenapa doktor? Ada apa-apa yang jadi ke?" Soal Aisyah kepada Doktor itu sambil memandangnya dengan pandangan yang risau.
"Macam ni puan, suami puan Alhamdulillah telah sedar sepenuhnya. Dan ingatan suami puan juga masih kuat seperti sebelum ni. Hal ni, agak mengejutkan kerana sebelum ni ada berlaku pendarahan yang agak teruk pada bahagian otak suami puan tapi suami puan masih boleh ingat dengan jelas apa yang berlaku.. ketika sebelum kemalangan dan selepas kemalangan. Tapi suami puan ada satu masalah yang mungkin agak rumit untuk diterima oleh suami puan atau puan."
YOU ARE READING
AKU NERAKA BAGIMU
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...