Chapter 48

2.5K 111 11
                                    


Aisyah datang menghampiri Thaqeef yang sedang berdiri santai menikmati pemandangan yang indah daripada atas bukit itu.

Tubuh tegap Thaqeef dipeluk daripada belakang dengan lembut oleh Aisyah.

Thaqeef tersentak.

Lelaki itu memusingkan badannya kebelakang untuk melihat siapakah yang sedang memeluk dirinya itu.

"A-Aisyah?" Soal Thaqeef yang sedikit gagap.

Wanita itu memberikan satu senyuman yang sangat manis kepada Thaqeef.

Senyuman yang indah, wajahnya yang cantik dan putih kemerahan itu membuatkan Thaqeef sedikit merasa gugup dan berdebar-debar seperti penuh dengan rama-rama yang berterbangan di dalam jiwanya.

"Ma-macam mana.. a-awak ada dekat sini?" Soal Thaqeef lagi tapi masih tergagap.

Aisyah masih belum melepaskan pelukan itu sambil sedikit mendongak untuk melihat Thaqeef, lalu perlahan-lahan jari telujuknya yang halus itu singgah pada bibir lelaki yang berada di hadapannya.

"Shuhh.. awak tak rindukan saya?" Soal Aisyah lembut.

"Rindu, rindu sangat-sangat Aisyah, saya rindukan awak sangat-sangat.." kata Thaqeef dengan nada yang sedikit sebak.

Air matanya mengalir dek kerana terlalu rindu.

Air matanya diusap oleh Aisyah dengan lembut.

"Be-betul ke ni awak? Awak datang sebab awak pun rindukan saya ke?" Soal Thaqeef.

Aisyah tersenyum.

"Saya sentiasa rindukan awak sayang.." balas Aisyah sambil mendongak dan meletakkan dagunya pada dada bidang Thaqeef.

Thaqeef memejamkan matanya dan terus mencium dahi Aisyah sambil menangis rindu.

Tiba-tiba, setelah matanya dibuka wanita itu hilang daripada pelukannya tadi.

"Aisyah?! Aisyah?!" Panggilnya sambil tercari-cari

Thaqeef terus terjaga daripada mimpinya itu dengan sedikit termengah-mengah.

"Huh.. huh.. ya Allah, aku mimpi dia lagi?" Bisik Thaqeef sendiri.

Thaqeef melihat ke arah jam loceng yang berada di atas sebuah meja yang berhampiran dengannya.

"Pukul 3 lagi?" Menghela nafas panjang.

"Aku kena solat, nanti aku tak boleh tidur.."

Thaqeef pun bergegas untuk mendirikan solat malam. Dia sering terjaga setiap kali jam menunjukkan 3 pagi. Dia juga sering kali bermimpi buruk sebelum dia terjaga pada jam-jam tersebut.

Jika dia tersentak daripada tidur akibat mimpi, dia harus mengerjakan solat itu kerana hanya selepas solat tahajjud sahaja dia akan dapat tidur kembali.

Jika dia meninggalkannya secara sengaja, Thaqeef tidak akan dapat tidur dengan lena.

.......

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now