Chapter 22

2.8K 124 8
                                    

6 bulan berlalu,

Hidup Aisyah selama enam bulan penuh dengan kedukaan, tidak pernah sekalipun dia merasakan belaian kasih sayang dari seorang suami terhadapnya.

Setiap hari dia sering juga dipukul, kekadang dipaksa melakukan hubungan secara paksa. Setiap kali, terdengar akan kunci pintu rumah yang dibuka oleh Thaqeef setelah balik daripada kerja di luar akan membuatkan Aisyah ketakutan, kerana nasib yang akan diterima oleh Aisyah setiap kali Thaqeef pulang adalah berbeza-beza. Antaranya, dia harus menerima makian yang hina dari mulut Thaqeef atau harus menerima penderaan yang dilakukan oleh Thaqeef terhadapnya, ataupun dia akan menjadi tempat pelepasan nafsu serakah lelaki kejam itu.

Kehidupannya tersangatlah berbeza dengan kehidupan orang-orang yang sudah berumah tangga.

Erti bahagia tiada di dalam catatan buku kehidupan Aisyah dan suaminya melainkan hanya kesengsara dan kesakitan yang ia terima.

Suatu hari, Aisyah pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli barang keperluan rumah. Kereta yang diberikan oleh Thaqeef terhadapnya tersangatlah berguna kerana setiap kali ingin keluar dan tidak perlu lagi menempah uber atau menyusahkan Thaqeef untuk menghantarnya.

"Aisyah?" Suara yang amat dirindui oleh Aisyah sedang memanggil namanya dari kejauhan.

Aisyah berpaling ke arah suara itu sesudah mengambil sekotak susu yang ingin dibeli olehnya.

"Aira?" Kata Aisyah.

Aira menghampiri Aisyah dengan perlahan. Dua sahabat yang sudah 6 bulan tidak bertemu setelah Aisyah menikah.

Aira memandang Aisyah dengan pandangan yang sayu, mungkin Aira teringat akan bagaimanakah kehidupan sahabatnya ini setelah terpaksa hidup dengan seorang lelaki yang kejam.

Aisyah pula memandang Aira dengan hati yang gembira bercampur sedih, dia amat merindui sahabatnya ini. Satu-satunya sahabat yang ia ada di dalam hidupnya. Aisyah juga menganggap bahawa mungkin Aira seperti membencinya setelah mengetahui bahawa dia berkahwin dengan seorang lelaki yang amat dibenci oleh sahabatnya itu.

"I miss you so much!!" Terus memeluk Aisyah tanpa belum sempat Aisyah berbuat apa-apa.

"Saya pun Aira." Ucap Aisyah yang matanya sudah mula berkaca-kaca.

"Jom pergi minum, I dah lama sangat tak borak dengan U." Ajak Aira.

Aisyah mengangguk tanda setuju.

Mereka pun pergi ke sebuah kafe berhampiran untuk minum bersama.

"Macam mana dengan U sekarang Aisyah? Your husband ada apa-apakan U tak? Pukul U? Atau apa-apa yang tak patut dia buat dekat U." Soal Aira yang kelihatan sangat risau.

"Ya Allah, Aira.. saya okay je. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk bernafas sampai sekarang." Jawab Aisyah dengan sangat tenang.

Walaupun kehidupannya tidak seperti apa yang ia harapkan.

"Tangan U ni kenapa?" Soal Aira yang terlihat ada kesan lebam pada pegelangan Aisyah yang terselak itu.

Dengan cepat Aisyah menutupnya kembali.

"Tak ada apalah." Balasnya sambil tersenyum dibalik niqab hitam itu.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now