Chapter 8

2.9K 147 3
                                    

//
Thaqeef kembali semula ke rumahnya bersama Dhia, dia menyadari pihak polis telah berada ramai di hadapan rumah dan ada juga sibuk memeriksa beberapa tempat di kawasan rumah Thaqeef.

Trak Polis juga ada di situ. Thaqeef berasa tidak sedap hati.

Beberapa anggota polis mengusung dua usungan mayat keluar dari rumah tersebut dan itu membuatkan Thaqeef merasa cemas.

Berlari ke arah usungan itu.

"Tuan? Abang saya ada tak dekat dalam? Dia selamatkan?" Soal Thaqeef

Salah seorang anggota polis itu membuka plastik mayat yang berwarna hitam itu dan menunjukkannya ke arah Thaqeef.

"Aabang.. bang.. tak mungkin.." tidak percaya dan tubuhnya mengeras melihat sekujur tubuh yang penuh dengan darah itu ialah abangnya Naufal.

Huzair yang baru sahaja pulang dari urusan kerja di luar negara selama 3 hari terkejut dengan kejadian yang telah berlaku di rumahnya.

"Naufal!! Apa dah jadi ni!!" Jerit Huzair yang terkejut melihat anaknya diusung dengan mengusung mayat itu.

"Encik.. encik ni ayah kepada mangsa ke?" Soal polis itu.

"Ya saya. Apa dah jadi ni tuan?"

"Rumah encik dirompak dan telah terjadi pergelutan antara mangsa dan juga penjenayah di dalam rumah. Mangsa di tembak tepat pada dada dan isteri mangsa pula ditembak tepat di kepala." Jelas polis itu.

Huzair yang mendengarkan itu teramat kecewa dan terkejut. Dia harus kehilangan sekali lagi orang yang ia sayangi .

Memandang ke arah Thaqeef yang masih membisu setelah melihat mayat abangnya tadi.

PANG ! Ditampar tiba-tiba oleh ayahnya.

"Apa kau dah buat?! APA KAU DAH BUAT KALI NI!!" Tengking Huzair.

"Apa yang ayah cakapkan ni?" Soal Thaqeef yang sedang menahan sakit setelah ditampar.

"Kenapa kau buat anak aku mati !! Apa masalah kau sebenarnya?! Kenapa kau bunuh semua orang yang aku sayang !! Kau memang pembawa sial kau tahu tak!!?" Tengkingnya lagi.

Thaqeef mengalirkan air mata, dia tidak menyangka ayahnya tetap menyalahkannya dengan apa yang terjadi ketika itu.

Sedangkan dia juga di dalam bahaya sewaktu kejadian itu berlaku.

Dia juga dihina dan ditengking oleh ayahnya di khalayak ramai. Rasa malu dan sebak menyelebungi dirinya.

"Aayah.. kenapa ayah cakap macam tu? Saya ni pun anak ayah juga? Kenapa tak tanya saya ni selamat ke, okay ke tak? ... kkenapa ayah salahkan Thaqeef dengan apa yang dah jadi dekat abang?" Soalnya dengan nada suara yang sebak.

Huzair meraup wajahnya.
"Kau bukan anak aku!! Aku tak pernah anggap kau anak aku sebab KAU NI!! PEMBAWA MALANG DALAM KELUARGA AKU!!! " marah Huzair sambil menunjal-nunjal kepala Thaqeef dengan jari telunjuknya dengan kasar.

Puan Aigul Fatimah ( nenek) datang ke arah Huzair dan menghentikan ucapan buruk Huzair terhadap cucunya Thaqeef.

"HUZAIR!! Kamu dah hilang akal! Hina anak sendiri! Dia anak kamu !! Kenapa bercakap macam orang hilang pedoman!" Bentak nenek.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now