//
Aisyah dibawa pulang oleh Thaqeef ke rumah pada malam itu juga, sepatutnya dia harus berehat di klinik tersebut namun Thaqeef tidak mahu Aisyah dirawat setelah menggugurkan kandungannya.Aisyah berjalan masuk ke dalam bilik dengan langkah kaki yang lemah.
Dia hanya mahu membaringkan tubuhnya yang terasa sangat lemah itu.Thaqeef datang daripada belakang dan memeluk tubuh Aisyah. Dia langsung tidak memperdulikan keadaan Aisyah yang kelihatan lemah itu.
"A..awak.. saya tak larat.." kata Aisyah dengan suara yang lemah tidak berdaya. Wajahnya juga pucat lesi.
"Aku nak kau malam ni Aisyah.." pinta Thaqeef dengan paksa.
"Awak.. saya baru je gugurkan kandungan.. masih sakit lagi awak.." rayu Aisyah..
Thaqeef mengeratkan lagi pelukan itu sehingga Aisyah merasa sakit.
"Awak sakit.. tolong kali ni je awak.. bagi saya rehat.."
"Aku tak peduli! Aku nak kau juga!!" Paksa Thaqeef lagi.
Tiba-tiba, tubuh yang dipeluk oleh Thaqeef itu terus longlai dan lemah.
Aisyah pengsan di dalam pelukkan Thaqeef.
"Hoi Aisyah? Kenapa dengan kau ni?" Soal Thaqeef yang cuba memegang Aisyah dengan lebih baik agar dia tidak terjatuh ke lantai.
Thaqeef melihat keadaan Aisyah yang tidak sedarkan diri itu terus kelihatan cemas.
"Hoi Aisyah bangun! Kau jangan nak buat-buat lembik lah perempuan!!" Marah Thaqeef.
Lalu Thaqeef cuba menyentuh dahi dan pipi Aisyah, terasa amat panas sekali.
"Panasnya badan kau?!" Kini Thaqeef meraba tubuh Aisyah dan suhu panas di tubuh Aisyah tidak main-main.
Thaqeef panik, dia terus mengangkat Aisyah naik ke atas katil. Dia buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
"Aku nak buat apa ni? Asal badan kau panas sangat?! Kalau aku bawa hospital, pasti nenek akan datang dan pasti nenek akan tahu apa yang aku dah buat dekat perempuan ni. Aku kena telefon Ameer." Terus menghubungi Ameer.
Tut.. tut.. tut..
"Hello bang?" Jawab Ameer.
"Meer, kau boleh tolong aku?"
"Tolong apa bang?"
"Kau doktor kan. Boleh kau ajar aku macam mana nak rawat orang yang badan dia tiba-tiba panas macam demam."
"Demam panas sangat ke bang? Apa kata abang bawa dia pergi hospital kalau teruk sangat." Balas Ameer.
"Tak boleh. Kau bagitahu je aku apa yang aku kena buat sekarang. Cepat Meer!" Suruh Thaqeef.
"Ke abang nak Ameer yang rawat?" Soal Ameer yang menawarkan khidmatnya.
"Tak payah, aku nak kau bagitahu apa yang patut aku buat. Tu je."
"Macam ni lah, nanti saya listkan dekat abang beberapa ubat dan barang yang perlu abang guna untuk buat rawatan sendiri.. tapi bang kalau panas tu masih tak turun lagi better abang pergi hospital jelah.. takut sawan je nanti atau terkena jangkitan yang lain pula." Pesan Ameer.
YOU ARE READING
AKU NERAKA BAGIMU
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...