Chapter 27

2.8K 128 5
                                    

>>>

Aisyah digendong oleh Thaqeef sambil dipandang oleh ramai orang. Hal ini semakin membuat Aisyah semakin malu.

Dia tidak pernah digendong oleh mana-mana lelaki sebelum ini terutamanya dengan Thaqeef.

Aisyah berusaha agar tubuhnya tidak bersentuhan dengan belakang badan Thaqeef tapi sudah namanya pun bergendong walau bagaimanapun, hal itu tetap tidak dapat dielakkan.

"Rakamlah wei.. viralkan dekat tiktok.. sweetnya.. aku ingat semua benda ni tak wujud dekat dunia nyata rupa-rupanya ada wei.." kata salah seorang pengunjung di sana.

"Ya, aku tengah rakamlah ni.." jawab rakannya.

Thaqeef membawa Aisyah ke sebuah kerusi yang berhampiran dengan kebun Teh itu supaya memudahkannya merawat kaki Aisyah yang terseliuh.

Setelah mendudukkan Aisyah, Thaqeef duduk melutut dan mengangkat kaki Aisyah yang telah terkehel tadi.

"Ar.. awak nak buat apa?" Soal Aisyah hairan.

"Aku nak betulkan kaki kau." Jawab Thaqeef sambil fokus pada kaki Aisyah.

"Awak pandai ke? Kalau tak kita pergi jelah klinik ke.. atau kita duduk hotel je lah." Kata Aisyah yang tidak mahu menyusahkan Thaqeef.

"Tak payah. Benda macam ni memang kena betulkan sekarang.. tengok ni.. kaki kau ni dah bengkak.. tulang dia dekat sini dah lari.. jadi biar aku bagi dia balik rumah dia balik."

"Apa awak cakap ni.. saya tak nak .. nanti sakit.." rayu Aisyah.

"Jangan nak mengada eh! Kalau aku tak betulkan ni.. kau nak suruh aku gendongkan kau dari bawah ni sampai atas sana.. amboi seronok sangat kau naik atas belakang aku eh." Balas Thaqeef.

"Tapi awak pandai ke? Macam mana kalau makin teruk?" Risau Aisyah.

"Aku ni memang semua benda aku pandai, tak payah nak pertikaikan apa yang aku nak buat."

Thaqeef membuka stokin yang dipakai oleh Aisyah lalu, Thaqeef membetulkan tulang kaki Aisyah yang terkehel itu dengan sekelip mata.

Aisyah sedikit berteriak kerana terkejut dengan tiba-tiba Thaqeef membetulkan kakinya yang terkehel tanpa sebarang amaran langsung.

"Aarg.." terus ditekup mulut Aisyah oleh Thaqeef daripada menjerit.

"Diam! Jangan nak malukan aku!"

Kakinya merasa lebih baik daripada sebelumnya. Aisyah sedikit terpegun dengan kelebihan yang dimiliki oleh Thaqeef kerana dapat merawat kakinya.

"Awak.. kaki saya dah tak sakit sangat."

"Kan aku dah cakap, apa je yang aku tak boleh buat?" Kata Thaqeef dengan sedikit berlagak.

"Terima kasih awak.."

"Huh.. kau dah boleh jalan kan. Dah jom balik." Arah Thaqeef.

"Awak tunggu sekejap." Panggil Aisyah.

"Apa lagi?"

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now