Chapter 30

3K 113 6
                                    


......

Majlis makan malam
Hotel 5 bintang.

Ketika dalam perjalanan untuk sampai ke hotel tersebut, Aisyah merasa begitu resah dan gelisah. Dia kelihatan tidak senang duduk memikirkan bagaimanakah dia akan berhadapan dengan orang ramai dengan tidak mengenakan sebarang kain pada wajahnya.

Wajahnya terlihat sangat bimbang.

Berkali-kali juga dia memandang ke arah Thaqeef berharap agar Thaqeef menukar fikirannya untuk mengizinkan Aisyah berpurdah kembali.

"Kau nak cakap apa?! Pandang-pandang aku daripada tadi?" Soal Thaqeef sambil fokus pada pemanduannya.

"Awak... tak boleh ke.. kalau saya pakai juga purdah tu.. saya tak selesa lah kalau tak pakai.."

"Tak boleh." Jawab Thaqeef.

"Er... memang tak boleh sangat ke?" Soal Aisyah lagi.

"Kau tak faham bahasa melayu?! Aku cakap tak boleh, tak bolehlah! Kenapa yang kau nak sangat tutup muka kau tu? Hah? Kenapa? Kau ada buat benda buruk kat belakang aku ke.. lepastu kau nak sorokkan wajah kau daripada orang kenal siapa diri kau yang sebenar.. macam tu?!" Balas Thaqeef dengan nada yang marah.

"Tak awak.. bukan macam tu.. saya tak suka orang pandang saya.. arwah walid selalu cakap wajah saya ni boleh bawa fitnah pada lelaki.. "

"Heh.. kau nak cakap yang kau ni cantik lah.. jadi takut ramai yang tergoda dengan kau.. hei! Tak payah nak perasan lah! Muka kau tu buruk je tak ada orang pandang pun!! Kau dengan tembok, tembok lagi cantik tau!! Eeii, perasan betul kau ni eah?" Perli Thaqeef.

Aisyah hanya terdiam setelah mendengar kata-kata itu daripada Thaqeef. Mungkin ada benarnya, dia tidak secantik yang difikirkan oleh walid. Thaqeef sendiri telah membuktikannya daripada ucapan yang baru saja dia lepaskan.

Sesampainya mereka di depan hotel, Aisyah masih tidak berganjak daripada posisinya. Dia melihat begitu ramai tetamu yang hadir dan kebanyakkannya lelaki.

Dia merasakan sesuatu yang tidak baik akan terjadi, hatinya merasa tidak tenang.

"Hoi makcik!!" Panggil Thaqeef dengan kuat kerana melihat Aisyah seperti masih terpinga-pinga.

"Ya.."

"Keluarlah.. kau nak suruh aku bukakan pintu untuk kau? Amboi, ingat kau tu tuan puteri? Ada tangan ada kaki buka sendiri! Cepat!" Arah Thaqeef.

Aisyah pun bergegas keluar dan kebetulan angin sepoi-sepoi menyapa Aisyah dan membuatkan tudungnya dan dress itu berkibar lembut pada tubuhnya.

Kesemua tetamu yang hadir melihat ke arah Aisyah. Mereka semua seperti terkesima dan sedikit terpegun. Wajah Aisyah yang putih kemerahan dan tirus mulus itu sangat menarik perhatian terutamanya kaum lelaki.

Tambahan pula warna dress yang dikenakan oleh Aisyah sangat-sangat menaikkan lagi seri pada dirinya.

Aisyah cuba untuk menundukkan pandangannya.

Thaqeef menghampiri Aisyah.

"Dah, cepat ikut aku.. nanti majlis dah nak start." Arah Thaqeef lalu meninggalkan Aisyah berjalan di belakang.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now