Chapter 76

1.7K 70 7
                                    


Safuan sedang tertidur lena di atas sofa yang berada di dalam rumah majikannya itu.

Namun, Safuan merasa sedikit terganggu apabila ia merasakan sesuatu yang cair sedang mengalir pada wajahnya.

Dahinya sudah mula berkerut, namun matanya masih lagi terpejam.

Terasa sesuatu beban yang berat sedang membebani dadanya. Kakinya juga terasa sedikiy berat.

"Ya Allah, aku kena tindih dengan jin ke ni?" Soal Safuan sendiri.

"Tak akan petang-petang kena tindih juga? Asal yang berat sangat nih?" Cuba untuk menggerakkan tangannya dan cuba untuk menyentuh wajahnya yang terasa seperti ada cecair yang agak berlendir melekat pada wajahnya.

Tangannya sudah menyentuh cecair itu.

"Iego boyaa?? Apa benda ni?" Safuan cuba mencelikkan matanya.

Alangkah terkejutnya melihat seorang budak perempuan yang berumur 3 tahun sedang tersenyum ke arahnya dengan air liurnya yang sudah meleleh pada wajah Safuan.

Budak perempuan itu juga sedang terduduk elok di atas dada Safuan yang sedikit lebar itu.

"Hawraaa.?? Ya Allah apa dosa aku hari ni?" Keluh Safuan apabila air liur kanak-kanak itu telah melekat pada wajahnya.

Kanak-kanak itu terkekeh-kekeh tertawa akibat melihat wajah Safuan yang sedang kesal itu.

Safuan cuba untuk membangunkan tubuhnya dan ada sesuatu yang lagi mengejutkan ternyata...

"Haiyan?? Kau buat apa pula ni? Asal yang korang ni suka sangat kacau Pak Cik?" Safuan dengan segera mengalihkan kedua-duanya ke atas lantai dan Safuan cuba membersihkan kakinya yang sudah diconteng oleh Haiyan dengan marker pen.

Kedua-duanya hanya tergelak gembira apabila mendengar Safuan membebel.

"Hehehe..nak endong.. nak endong.." Hawra mengangkat kedua-dua tangannya untuk meminta Safuan menggendongnya.

Haiyan pula datang mendekati Safuan dan meminta untuk digendong juga.

"Kejap-kejap! Haah.. tak akan nak gendong dua-dua sekali? Lenguhla kalau macam tu." Kata Safuan kepada mereka.

"Huaaa!! Huaaa!!! Nak acikkk ... nak acikk.." Hawra menangis dek kerana merasa seperti ditolak oleh Safuan.

Haiyan pula berusaha sendiri untuk naik ke atas peha Safuan ketika Safuan sedang duduk di atas sofa itu.

Hawra menangis teresak-esak dan hal itu telah membuatkan wajahnya yang putih itu menjadi kemerah-merahan dek kerana marah dan menangis.

Kini Safuan direbuti oleh kedua-dua budak comel itu dengan wajah keterpaksaan yang harus memujuk si adik yang asyik menangis.

"Hawra comel, dah jangan nangis ye.. okay, Pak Cik gendong dua-dua sekali. Jangan nangis tau, dah tak comel dah. Tengok ni, Hawra dah cantik dah dengan rambut ikat dua belah macam tu pastu muka dia yang gebu comel ni jadi tak boleh banyak nangis nanti tak comel dah. Meh sini duduk kat sebelah sini." Pujuk Safuan sambil mengangkat Hawra duduk di atas pehanya.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now