Chapter 33

2.6K 119 16
                                    

>>
Thaqeef menuju masuk ke dalam kereta.

"Aisyah, kau tinggal rumah nenek. Malam nanti aku ambik kau.." kata Thaqeef daripada dalam kereta dan menurunkan tingkap keretanya sedikit.

"Tapi kenapa?" Soal Aisyah.

"Aku malas nak tengok muka kau sekarang." Jawab Thaqeef slumber.

"Tak akanlah awak masih anggap apa yang berlaku tadi semuanya rancangan saya.. buat apa saya nak fitnah awak sampai macam tu??" Jelas Aisyah.

"Hoi, aku tak nak dengar apa-apa daripada kau. Faham? Yang aku lagi tak faham macam mana kau boleh pula layan baik je si Tia tu tadi.. padahal dia tu dah ganggu suami kau tapi kau boleh pula tolong dia? Nampak sangatlah kau ada plan kan. Ke kau takut yang kau akan hilang suami kaya kau ni?" Balas Thaqeef.

"Apa maksud awak?" Soal Aisyah

"Yelah kan. Kau saja nak buat baik dengan aku supaya aku percayakan kau dan kau tak akan hilang suami kaya kau ni.. perempuan macam kau kan banyak muslihat." Balas Thaqeef.

Thaqeef pun menutup cermin keretanya.

"Awak? Awak!" Panggil Aisyah.

Thaqeef pun meluncur keluar daripada perkarangan rumah nenek.

Ketika sedang dalam perjalanan untuk ke suatu tempat, Thaqeef memandu di dalam keadaan yang agak tertekan, dia masih berlawan dengan egonya sendiri. Dia tidak mahu terperdaya dengan segala kebaikan yang Aisyah berikan kepadanya.

Dia tetap menetapkan hatinya untuk tidak akan jatuh dengan tipu daya itu namun, Aisyah sememangnya tidak pernah menipu apatah lagi ingin menciptakan fitnah kepada suami sendiri.

"Heh, saja lah tu nak nampak baik depan aku. Kau takut hilang orang macam aku sebab aku ni kaya kan.. perempuan macam kau kan memang tak cukup dengan duit.. lama mana lagi kau boleh nak bertahan Aisyah dengan perangai baik yang kau buat-buat tu." Luah Thaqeef sendiri.

"Sekarang ni boleh la nak buat baik dekat aku.. macam mana kalau aku dah tak boleh nak pukul dia lagi pasti dia akan balas dendam. Memang sah perempuan macam kau tu busuk hati!!!" Marahnya sendiri.

"Dasar perempuan....."

Ping ping ping!!!!!!

Baru saja Thaqeef memecut keretanya selepas lampu isyarat bertukar hijau tiba-tiba, sebuah lori daripada arah kiri Thaqeef memecut laju ke arahnya.

Thaqeef seperti terkedu dan dengan sekelip mata kereta yang dipandunya dirempuh dengan begitu kuat sehingga menyembabkan kereta itu terseret lebih kurang 500 meter daripada tempatnya.

Bushhhh!!!!

Keretanya kemik teruk, Thaqeef terlihat seperti mengalami pendarahan yang sangat teruk.

Tubuhnya tersepit.
"Aisyah.." panggil Thaqeef sejenak dan terus tidak sedarkan diri.

Lori yang tadinya telah melanggar Thaqeef terus melarikan diri dan kebetulan pula tempat yang berlakunya kemalangan itu berada di kawasan yang agak terpencil dan tidak ramai orang yang melaluinya.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now