Chapter 56

2.6K 135 8
                                    

Ting!
Satu mesej masuk melalui aplikasi whatsapp Aisyah.

Aisyah pun membukanya ketika sedang sibuk menaip di atas papan kekunci komputer ribanya pada malam itu.

"Apa ni?!" Soal Aisyah yang sedikit terkejut apabila melihat teks daripada seseorang yang tidak dikenali telah menghantar fotonya yang tidak memakai purdah.

"Cantik. Rindu.. Tak pernah membosankan dari dulu lagi." Satu pesanan dihantar oleh nombor yang tidak dikenal itu.

Aisyah hanya membacanya dan merasa sedikit takut.
Dia melihat ke arah tingkap dan berjalan ke setiap pintu yang ada di rumahnya untuk memastikan kesemuanya sudah dikunci.

"Si..siapa ni?"

"Siapa ni?! Daripada mana awak dapat gambar tu?" Balas Aisyah.

"Awak tak perlu tahu siapa saya Aisyah, saya dah lama perhatikan awak." Jawabnya.

"Awak jangan main-main dengan saya, saya akan buat report tentang semua ni!" Balas Aisyah marah.

"Cubalah report, kalau polis dapat saya tu dah kira bernasib baik Aisyah." Balasnya.

Satu rakaman video dihantar oleh lelaki itu.

Video tersebut adalah rakaman video Aisyah ketika ia tidur di dalan bilik. Hal ini, terlalu mengejutkan bagi Aisyah dia terus menghubungi Aira untuk meminta bantuan.

Malam itu, Aisyah tidak dapat tidur dengan lena. Pelbagai macam fikiran yang difikirkan oleh Aisyah kerana dia takut jika pada malam itu ada seseorang yang akan masuk ke dalam rumahnya.

Ketika dia di dalam selimut ia langsung tidak dapat melelapkan matanya dan ia juga terfikirkan sesuatu.

"Rindu? Maksudnya dia dah kenal aku lama.. siapa dia? Tak akan Thaqeef? Tak akan Thaqeef sanggup buat macam ni semata-mata untuk kembali pada dia.. aku takut.. aku takut.." kata Aisyah dalam kegelisahan.

"Esok aku kena pergi buat report dengan Aira, tak kiralah macam mana pun aku kena buat report." Kata Aisyah sendiri.

Keesokkan paginya, Aisyah bersiap-siap untuk pergi mengajar dan sebelum itu dia menyempatkan diri untuk menghubungi Aira.

"Hello Assalamualaikum Aira." Kata Aisyah.

"Waalaikumussalam, kenapa Aisyah? You nak pergi pagi ni ke buat report apa yang berlaku semalam?" Soal Aira.

"Tak.. saya cuma nak bagitahu, kita pergi petang nanti lepas saya habis mengajar boleh? Hari ni saya kena tengokkan budak-budak exam." Jelas Aisyah.

"Kalau you dah cakap macam tu, I okay je.. petang nanti I teman you pergi balai." Balas Aira.

"Terima kasih Aira."

"Sama-sama beb."

Panggilan dimatikan.

Aisyah pun keluar daripada pintu utama dan menekan punat kuncinya untuk membuka kunci kereta.

Baru sahaja Aisyah ingin membuka pintu keretanya dan dia sepertinya terlihat seseorang yang ia kenal iaitu pemilik rumah sewanya yang sedang berbicara dengan seseorang di rumah sebelah.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now