.....
Aira dan Ameer.
Sewaktu di dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, Aira hanya diam membisu di sisi Ameer. Hal ini membuatkan Ameer sedikit hairan, kerana Aira ialah seorang yang periang dan ceria.
Selalunya, Aira akan bercerita pelbagai-bagai cerita kepada Ameer dan hal itu membuatkan Ameer tidak bosan apabila memandu jauh.
"Hm.. kenapa diam je ni? Biasanya.. mulut awak tu paling tak boleh nak diam." kata Ameer untuk memecahkan kesunyian tersebut.
"....." diam dan memandang sejenak si Ameer dengan pandangan yang agak tajam.
"Eh? Awak ni kenapa? Kenapa awak tengok saya macam tu?" Soal Ameer yang merasakan sesuatu yang tidak kena.
"U kenapa tak bagitahu I siapa Thaqeef tu sebenarnya?" Soal Aira dengan nada yang agak marah.
"Bagitahu? Maksud awak? Saya tak faham? Kenapa dengan abang Thaqeef?" Ameer kehairanan.
"Thaqeef tu macam mana sebenarnya. Maksud I.. perangai dia?"
"Baik. Abang Thaqeef tu baik. Dia tu tak pernah buat benda-benda yang tak baik. Paling hormat dengan perempuan." Jelas Ameer sambil fokus pada pemanduannya.
"Hormat perempuan? Baik? U kenal tak sebenar-benarnya dengan sepupu U tu Ameer?" Soal Aira yang semakin kelihatan serius.
"Tak sekarang ni.. kenapa awak tanya saya macam tu? Saya tak faham. Awak macam tak boleh nak terima bila saya cakap yang abang Thaqeef tu baik."
"Okay I dah faham sekarang ni.. kiranya U memang tak tahulah siapa Thaqeef tu sebenarnya.. Ameer, U ingat tak yang I pernah cerita dekat U yang Aisyah pernah hampir kena rogol?" Soal Aira.
"Ingat. Kenapa?"
"U tahu tak siapa lelaki yang buat semua tu?"
"Lelaki yang pukul Farah dekat club." Jawab Ameer.
"Yes, U tahu tak siapa lelaki tu? Maksud I siapa nama dia dan siapa orangnya."
Ameer menggelengkan kepalanya.
"Your cousin Ameer! Thaqeef yang buat semua tu Ameer! Dia lelaki tak guna tu, Ameer."
"Apa?!" Terus memberhentikan keretanya di bahu jalan, nasib baik mereka masih belum memasuki highway.
"Apa awak cakap ni? Tak mungkin! Tak mungkin abang Thaqeef buat semua tu.. saya kenal dia macam mana dulu Aira. Tak akan lah Abang Thaqeef sanggup buat semua tu?" Soal Ameer pada dirinya.
"Ya, Ameer.. memang dia yang buat! I betul-betul tak sangka dengan apa yang I dengar dari Aisyah. Macam manalah si Aisyah boleh kahwin dengan lelaki tak guna tu!"
"Saya minta maaf Aira, saya tak tahu yang abang Thaqeef dah jadi macam tu sekarang. Saya dah lama tak jumpa dia lepas dia putus tunang. Jadi saya tak tahu apa yang dah berlaku dekat abang Thaqeef." Jelas Ameer.
"Putus tunang? Kenapa dia putus tunang?" Soal Aira.
"Tunang dia curang, ada hubungan sulit dengan lelaki lain... dan abang Thaqeef yang tangkap diorang waktu diorang tengah buat benda tak senonoh tu."
YOU ARE READING
AKU NERAKA BAGIMU
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...