Chapter 43

2.6K 121 17
                                    

Wajah monyok Thaqeef terpancar jelas ketika berbincang bersama peguamnya.

Hatinya hancur apabila hakim mengatakan yang mereka tidak boleh untuk rujuk kembali kerana telah habis kouta talak yang digunakan.

"Saya minta maaf Encik Thaqeef, kita dah tak boleh nak buat apa-apa dah." Kata peguam itu.

Sementara itu, Thaqeef memandang ke arah Aisyah dari kejauhan.

"Apa boleh buat.." ucap Thaqeef memandang pasrah ke arah Aisyah.

"Jika Encik Thaqeef tetap nak kembali bersama Puan Aisyah, Encik Thaqeef boleh gunakan cara cina buta. Tapi.."

"Tapi apa?"

"Tak baik sekiranya kita gunakan untuk kepentingan kita. Perkara tu haram, melainkan Puan Aisyah secara tak sengaja telah menikah dan bercerai tanpa dirancang barulah sah untuk Encik Thaqeef nikah semula dengan dia." Jelas Peguam itu.

Thaqeef terdiam.

"Tapi, jika Puan Aisyah menikah dengan yang lain sekalipun belum tentu suami baru dia akan ceraikan Puan Aisyah. Encik Thaqeef faham apa maksud saya kan."

"Betul tu, siapa je yang dapat Aisyah tak akan pernah dapat lepaskan dia melain orang macam aku." Balas Thaqeef.

"Banyakkan bersabar Encik Thaqeef, pasti semua yang jadi ni ada hikmah disebaliknya." Tenang Peguam itu.

"Terima kasih, saya minta diri dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumusslam Encik Thaqeef."

Thaqeef berjalan masuk ke dalam kereta dan diam membisu. Safuan yang melihat keadaan itu sedikit merasa kasihan.

"Encik Thaqeef okay?"

Thaqeef meletakkan kepalanya ke kepala seat kereta itu dan menarik nafas dengan dalam.

"Ini adalah balasan atas segala perbuatan aku pada dia selama ni Safuan. Aku patut terima dan reda walaupun sakit." Katanya sambil menggigit bibir supaya dapat menahan sebak yang dirasai.

"Hm.. Encik Thaqeef, saya pernah dengar satu kata ni. Jika kita mencintai seseorang biarkan ia pergi, jika ia kembali itu bermakna dia memang milik kita. Tapi jika dia tidak kembali itu bermakna dia bukan milik kita. Jadi Encik Thaqeef, tolong jangan seksa diri Encik Thaqeef dan percaya pada perancangan Allah. Kerana sesungguhnya Dia yang maha mengetahui segalanya." Kata Safuan.

Thaqeef hanya diam lalu mengalir air matanya tanpa dipinta.

Setelah beberapa minggu, Thaqeef sering mengalami mimpi buruk iaitu mimpi dirinya sering memukul Aisyah dan menyeksa wanita itu.

Setiap hari Thaqeef mengalaminya sehingga dia berasa takut untuk tidur.

"Huh! Huh! Aisyah?" Thaqeef tersentak daripada tidurnya dek kerana mimpi buruk itu.

Thaqeef memandang sekeliling dan melihat ke arah jam dinding.

"Pukul 3? Kenapa aku selalu terjaga waktu-waktu macam ni. Huh.. ya Allah.. sampai bila aku akan dihantui dengan rasa bersalah ni.." keluh Thaqeef yang sedikit sebak.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now