Chapter 34

2.7K 114 17
                                    

......

Dush!!
Satu tumbukan dilayangkan pada wajah lelaki yang telah melanggar Thaqeef.

"Hei tak guna!! Asal si bangsat tu hidup lagi?! Aku dah suruh kau langgar dia sampai mati kenapa dia hidup lagi?! Hah?!" Soal Raykal dengan nada yang sangat marah.

"Saya dah buat macam apa yang Encik Raykal nak.. saya dah langgar dia sehabis mampu dah Encik Raykal tapi nak buat macam mana kalau dia hidup lagi.. kalau ikutkan saya dah rempuh dia betul-betul."

"Kepala otak kau!! Tapi masih tak mati kan!? Huh! Sekarang ni, aku nak kau pergi jauh daripada sini.. aku tak nak polis tahu dekat mana kau sekarang faham?!"

"Faham Encik Raykal."

"Kau dah buang lori tu?"

"Dah. Saya dah tenggelamkan lori tu dekat satu sungai yang jauh daripada orang ramai. Kamera kereta dia pun saya dah hancurkan."

"Aku nak kau pergi jauh dan jangan pernah kau tunjuk muka kau lagi depan muka aku.. ingat!! Kalau polis dapat tangkap kau dan kau sebut nama aku, aku akan bunuh anak kau yang cacat tu, faham!!" Jerit Raykal.

"Ya! Saya faham Encik Raykal."

"Bla!"

Lelaki itu pun bergegas pergi daripada situ.

"Ish!! Asal kau tak mati je Thaqeef!! Asal susah sangat nak bunuh kau hah?!" Bebelnya sendiri,

"Memandangkan kau masih koma.. aku akan pastikan kau akan mati juga di tangan aku. Heheh.. kau ingat aku akan berhenti sampai sini je.. no way Thaqeef. Kau dah silap besar." Bisiknya.

Raykal sedang merancangkan sesuatu untuk membunuh Thaqeef walaupun dia harus menggunakan tangannya sendiri.

Sementara itu, Aira dan Ameer pergi melawat Thaqeef di hospital untuk melihat keadaannya secara bersemuka.

Aira dan Ameer berdiri di luar ruangan icu dek kerana patient tidak dapat menerima pelawat secara beramai-ramai, mereka hanya dibenarkan untuk melihat daripada luar sahaja.

Aisyah keluar dari situ untuk menemani Aira dan juga Ameer.

"Aisyah." Kata Aira sambil datang memeluk Aisyah.

"Terima kasih sebab sudi datang Aira, Ameer."

"I betul-betul terkejut dengan apa yang berlaku dekat suami U.. I tak sangka yang dia boleh accident seteruk ni." Balas Aira.

Aisyah hanya diam.

"Awak tahu siapa yang langgar Abang Thaqeef?" Soal Ameer.

"Tak.. pihak polis masih dalam siasatan lagi. Dan diorang cakap, berkemungkinan kemalangan yang berlaku adalah kemalangan yang dirancang." Jelas Aisyah.

"Kemalangan yang dirancang? Maksudnya ada orang yang sengaja nak langgar Abang Thaqeef?"

"Ya. Nampaknya macam tu lah apa yang pihak polis cuba bagitahu kami sekeluarga."

"Aisyah.. U nak pergi minum dengan I sekejap tak? I dengar daripada nenek, U tak cukup makan semenjak husband U masuk hospital. Jom." Pelawa Aira.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now