Chapter 74

1.5K 86 4
                                    


Kring! Kring!
Telefon pintar itu berdering lagi.

Thaqeef yang sedang sibuk bermesyuarat dengan beberapa orang pekerjanya terpaksa berhenti seketika.

Melihat ke paparan telefon tersebut.

Calling..
HABBITI Syg🤍

"Hm.. kejap ye korang." Kata Thaqeef kepada semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu.

Mengangkat panggilan tersebut.

"Iya Habbiti? Ada apa lagi?" Soal Thaqeef lembut.

"Ada apa lagi? Kenapa tanya macam tu, tak suka ke kalau Aisyah telefon abang?" Soal Aisyah kembali dengan nada merajuk.

"Sayang.. abang bukan tak suka tapi masuk kali ni dah lebih 5 kali sayang call abang. Abang tengah meeting ni." Jelas Thaqeef dengan nada yang lembut.

"Mhm.. Aisyah rindu abang.. Aisyah nak dengar suara abang.." Keluh Aisyah dengan nada yang sedih.

"Kenapa yang rindu sangat ni? Nanti abang balik la. Lagi pun abang dekat office je pun bukan abang pergi out station pun." Jelas Thaqeef lagi dengan sabar.

"Abang sayangkan Aisyah kan? Abang tak benci Aisyah kan.. mesti abang rimas dengan Aisyah sekarang kan? Hm.." Kata Aisyah dengan sedih.

"Ya Allah, mana ada sayang.. hm.. okay macam ni. Sayang rindu abang kan? Jangan tutup call ni. Buat loud speaker pastu dengar je suara abang ni. Boleh sayang?" Balas Thaqeef dengan memberikan satu cadangan yang menarik untuk Aisyah.

"Okay. Letak phone abang tu dekat-dekat dengan abang tau. Aisyah nak dengar suara abang." Jawab Aisyah yang kini nadanya sudah kembali ceria.

"Okay.. abang nak meeting dulu ye sayang." Kata Thaqeef sambil meletakkan telefon pintar itu di atas meja mesyuarat tersebut.

Kesemua pekerjanya melihat Thaqeef sambil menahan diri daripada tersenyum dan ketawa kerana Thaqeef terpaksa melayan karenah baru Aisyah yang tidak boleh jauh daripadanya setelah alahannya hilang.

"Hari ni kita ada tetamu special. My lovely wife." Kata Thaqeef sambil mendekatkan bibirnya pada telefon itu sedikit.

Semuanya tersenyum dan meneruskan kembali mesyuarat yang tertunda tadi.

Aisyah yang mendengarkan suara Thaqeef yang garau memanggilnya My lovely wife itu terus tersipu-sipu di atas sofa yang ia duduki di dalam rumah.

"Hehe.. hensemnya suara suami saya ni." Bisiknya sendiri sambil tersenyum-senyum.

Tanpa disedari oleh Aisyah, kini sikapnya semakin manja dan sensitif setelah alahan terhadap Thaqeef telah berakhir.

Kini Aisyah tidak boleh berenggang daripada Thaqeef, ia ingin selalu bersama dan dekat dengan suaminya itu.

Thaqeef sedar akan perubahan sikap Aisyah tersebut tetapi hal itu tidak membuatkan Thaqeef rimas malah semakin membuatkan Thaqeef bertambah sayang terhadap isterinya itu.

Sedang asyik Aisyah mendengar Thaqeef berbincang di dalam bilik mesyuarat itu, ia teringat akan sesuatu.

"Hm.. bila saya nak bagitahu abang yang anak kita kembar. Hm.. saya rasa nak buatkan suprise untuk abang. Saya nak hadiahkan si kembar untuk abang waktu bersalin nanti." Bisik Aisyah sendiri sambil mengusap lembut perutnya itu.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now