Chapter 64

2.4K 121 9
                                    

ITALIA

VROOM VROOM VROOM!!!

Bunyi enzos motor yang begitu mengganggu datang daripada dalam garaj tersebut.

"Yoww!! Brother!!" Sapa seorang lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam garaj tersebut.

Mereka berdua bertemu dan sempat melagakan tangan antara keduanya sebelum mereka berbual.

"Hari ni hari last kau kat sini kan?" Soal lelaki yang baru masuk tadi.

"Yup, hari ni last aku kat sini dan aku akan balik Malaysia dan.." balasnya sambil tersenyum ketika ingin menghabiskan ayatnya itu.

"Dan apa?"

"Aku tak sabar nak jumpa Aisyah. Dah 7 tahun aku tak jumpa dia kali ni aku tak akan main-main lagi aku nak serius dengan dia."

"Apa maksud kau ni Arsyad?"

"Aku ingat nak masuk meminang dia balik nanti." Jelas Arsyad dengan wajah yang gembira.

"Wait wait wait! Kau nak masuk meminang perempuan yang kau dah lama tinggal dan kau tak tahu khabar dia macam mana sekarang .. eh kau serius ke ni? 7 tahun kau hilangkan diri, kau ingat dia ada masa nak tunggu kau tanpa khabar selama tu? Aku rasa better kau lupakan niat kau tu.. entah-entah perempuan tu dah kahwin dan ada anak dah pun." Balas sahabatnya itu.

"Aku tak kisah sebab aku yakin dia masih cintakan aku.. lagipun aku firstlove dia." Kata Arsyad.

"Kau ingat dengan tittle firstlove tu kau boleh agak yang dia tak akan cari lelaki lain dalam hidup dia.. lambat lagi Arsyad."

"Kau tak tahu apa-apalah Kudin. Aku lebih kenal dia daripada kau. Dah lah aku nak sambung check motor ni balik sebab esok aku ada ride terakhir aku.. dan aku nak menang ride tu biar nanti Aisyah bangga dengan aku. Hehe." Jawab Arsyad dengan nada yang terlalu gembira.

"Ikut suka kau lah Arsyad, apa yang aku boleh cakap jangan letak harapan yang tinggi sangat balik nanti. Aku tak nak kau yang tersakiti nanti dan aku boleh cakap macam ni je, penantian yang tak pasti tu benda yang menyakitkan tu je aku boleh bagitahu kau." Jelas Kudin.

Arsyad hanya terdiam apabila sahabatnya berkata begitu.

Dia terus menyambung semula kerjanya.

Hari Perlumbaan.

Pada hari tersebut Arsyad bertanding dengan begitu bersungguh-sungguh, sepertinya semangatnya kali ini agak berbeza daripada sebelum ini.

Mungkin kerana dia ingin membawa kemenangan pulang bersama ke tanah air tercinta dan juga ingin bertemu dengan wanita yang ia cintai.

Arsyad sudah mengenali Aisyah semenjak 7 tahun lalu, namun hubungan mereka terpaksa berakhir dek kerana permasalahan keluarga. Semenjak kejadian itu, Arsyad tidak berkesempatan untuk bertemu dengan wanita itu lagi.

Kini masanya waktu yang tepat untuk kembali mencari cinta hatinya kembali setelah semua permasalahannya telah selesai.

Arsyad masih belum mengetahui perubahan besar diri Aisyah iaitu kini wanita itu sudah tidak bersosial seperti dulu dan pakaiannya juga telah berubah menjadi lebih baik.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now