Chapter 12

2.7K 124 1
                                    

Cekringg ! Cekring !

Habis kesemua botol arak dilempar ke dinding dan gelas-gelas yang berisi air arak itu juga dilempar olehnya dengan sekuat hati. Nafasnya turun-naik dunia ini bagaikan ingin dimusnahkan olehnya. Wajah putihnya sudah naik merah akibat barannya itu yang sudah tidak dapat dikawal lagi.

Jika sesiapa saja yang cuba untuk menghentikannya berkemungkinan itu adalah hari terakhir orang itu dapat hidup di dunia ini.

Ruang VIP itu dipenuhi dengan serpihan kaca yang sudah bertebaran di lantai, di sofa dan juga di atas meja.

Thaqeef terduduk, dia memandang lantai dengan pandangan yang membara dan terlihat dia sedang cuba untuk bertenang.

Terpancar wajah seorang wanita berniqab tadi yang telah menghancurkan segala-segalanya. Thaqeef telah mengeluarkan jumlah wang yang sangat besar untuk mendapatkan wanita pada malam itu malah dia langsung tidak dapat memuaskan keinginannya akibat dihalang oleh wanita berniqab tadi.

Kini bentukkan mata wanita itu benar-benar segar diingatannya dan kali ini rasa dendam yang telah bertapak dihatinya kian menjadi semakin kuat terhadap wanita berpurdah terutamanya wanita berniqab itu,dia ingin memberi pengajaran yang cukup kepada wanita tersebut.

"Haiya.. manyakk rugi wa ini malam ma.. perempuan hilang, duit wa juga hilang ma.. apa wa punya dosa ini malam?!" keluh Tiger sendiri di luar ruangan setelah melihat keadaan bilik tersebut.

.......

Ameer bersendirian di dalam keretanya sambil membuka sebuah dompet wanita yang berada di atas seat belakang keretanya.

"Aira? Ouh, punya dia ke? Hm.. aku patut pulangkan balik ni.. dah seminggu dalam kereta aku mesti dia tercari-cari.. dah la semua kad-kad penting dalam dompet ni." Kata Ameer sendirian.

Ameer pun menghidupkan enjin kereta Audi R8 hitam miliknya dan menuju ke rumah Aira.

Sesampainya di sana secara kebetulan dia melihat Aira sedang berada di luar rumah dan seperti ingin keluar. Ameer lekas keluar daripada keretanya dan menghampiri Aira yang berada di pagar rumah.

"Awak!" Panggil Ameer dari kejauhan dan berlari ke arah Aira.

Terkejut Aira si hensem datang tanpa dijemput adakah ini benar-benar dikatakan jodoh. Sungguh tak disangka. Ku sangka kan hujan ternyata panas berpanjangan.

"Macam mana U boleh sampai rumah I ni?" Soal Aira.

"Ni, dompet awak." Menyerahkan kembali dompet milik Aira.

"Ahh!" Jeritnya dan terus merampas dompet itu.

Jeritan tiba-tiba itu mengejutkan Ameer sehingga terjungkit bahunya sedikit dek kerana terkejut.

"Amboi teruja sangat awak ni?" Soal Ameer yang agak pelik melihat kelakuan Aira.

Aira mencium-cium dompetnya beberapa kali. Hal ini membuatkan Ameer sedikit ketawa dan terhibur. Aira sememangnya jenis yang terlebih teruja apabila dia terjumpa barang dia yang hilang.. rasa bahagia tu tak terucap macam baru jupa anak hilang.

"Thank You Ameer. Thank you so much!! I dah lama sangat cari dompet ni tahu tak. Sampai I dah buat report dekat balai."

"Haha.. takpa la.. sekarang kan dah jumpa."

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now